Powered by Blogger.

Thursday, December 19, 2013

Farah bila dah masuk taska

Assalamualaikum...

Entry sebelum ni ada update pasal farah nak masuk taska. So 1 Dec hari tu dah berjaya hantar farah ke taska. Untuk hari pertama ni mama ngan papa hantar. Seperti biasa farah nampak relaks dan excited sebab nampak ramai kawan-kawan. Bila cikgu dia ambik dia dari mama dia sengih jer..tapi hati mama pulak yang over rasa sebak...of course la sebab first time hantar kat orang jaga...hahahhah...mungkin itu normal bagi setiap mama kot ...so aku bertenang and positif kan diri jer.

Bila dah petang mama datang on time ambil farah.Bukan main lagi dia sukanya. Masa mama datang tu dia ngah main-main ngan kawan-kawan dia. Mama tanya kat cikgu farah macam mana. Ada nangis ke kacau orang ker..Cikgu cakap tak ada lah..dia suka gelak. Gelak macam orang besar.. hahhahah...Alhamdulillah..lega mama dengar..

Hantar taska bukan lah letakkan 100 % tanggungjawab kat mereka. Balik rumah sama juga rutin hariannya. Balik mandi kan dia walau pun masa amik farah wangi jer. Sambil-sambil tu belek-belek badan, kaki ,muka farah kot lah ada kesan-kesan yang tak di undang kan. Haahahha...tapi Alhamdulillah tak jumpa...

Pastu mama akan check botol susu pulak. So far bersih takde la susu yang masam ke tak basuh ker..Pampers mama hantar 8 keping tiap hari dan bila balik ada balance 2. Buat masa sekarang ni nampak puas hati lah kan..Harap akan berterusan sampai bila-bila.

Mama sentiasa berdoa semoga farah sentiasa dilindungi Allah selalu. Aminn...

Tuesday, November 26, 2013

Farah Nak Masuk Taska

My princess dah besar...setahun 2 bulan tu kira dah besar la kan...hihihi..memandang kan tok aka mak ku dah nak balik kampung after a year jaga farah terpaksa la mama nya cari someone untuk jaga farah. Memang agak berat hati jugak lah nak bagi orang jaga anak kan tapi bagi ibu bapa yang bekerja tak de pilihan unless berhenti kerja...dan itu adalah pilihan yang sangat lah tidak bijak ye...sebab ekonomi sekarang yang tak boleh nak harapkan hubby je kerja...semua benda nak kene ada duit weh...huhuhu

okay balik kepada cerita nak cari pengasuh farah. Ada dua pilihan samaada nak hantar ke taska atau kerumah pengasuh. Aku dah survey dua-dua tempat ni. Dan ada pro dan cons la untuk keduanya.

1) Rumah Pengasuh
 Kakak yang jaga tu umur dalam 40 tahun macam tu. Rumah flat dan agak sempit...Actually jiran lama yang kenalkan ngan akak ni. Anak dia sebaya ngan farah dijaga oleh kakak ni sejak dari umur 3 bulan. Then bila tanya ngan jiran ni akak ni okay tak jaga khalif? dia kata ok kot...huhuhu...jawapan yang tak berapa nak yakin kan aku...masa tengok rumah akak tu farah pun follow sekali. Macam biasa lah farah bukan reti takut orang. Siap duk angkat buai orang tu lagi.
Dari segi bayaran pulak akak tu bagi RM 280 sebulan tak masuk makan. Kalau nak akak tu masak kena tambah RM 30. So agak murah lah bagi aku tapi aku tak terus setuju. So kena cari tempat lain jugak.

2) Rumah Pengasuh 2
Yang ni pulak kakak yang duduk setaman ngan aku. Yang bagi tau dia jaga budak adalah security kat area umah aku tu dan security yang bawak kami ke rumah kakak tu. So akak ni agak cerewet la pada aku. Meletakan terlalu banyak syarat yang aku rasa adalah lagi baik dia bukak taska yang berdaftar. Dia punya syarat kalah kan taska kot. Nak ada AL,EL,MC....emm rasa terus macam tak minat jer nak anta farah kat sini. Lagi satu pulak dia kata kalau nak amik anak awal kene inform dia dulu...so aku dah terpikir yang bukan-bukan dan timbul sedikit syak...kenapa pulak? Bab bayar pulak dia charge dah standard macam taska. RM 350 sebulan...so sedikit terkedu la bila tau...so awal-awal dah reject...

3) Taska
Aku gigih survey kat internet yang mana taska kat umah aku ni yang berdaftar. So ada 2 atau 3 jer yang berdaftar? Mak aihhhh punya lah melambak taska kat sini banyak tak mendaftar? lagi pening kepala aku. So petang-petang sambil bawak farah jalan-jalan mata duk melilau cari taska. Ada lah taska tu macam baru je bukaknya. Actually ada dua lah taska kat situ.Ambil dua-dua no phone dan call. Taska yang pertama tak jawab call,msg tak reply. So cuba taska yang kedua. So discuss through phone tapi tak puas hati selagi tak tengok.So buat appoinment ngan owmer taska dan pergi tengok sendiri. Bila dah tengok sendiri dan rasa confident nak hantar. Taska ni namanya Taska Ita Sayang. Berdaftar dan owner ada sijil latihan. Farah pun nampak happy je bila kat situ..Ramai kawan. So terus daftar kan farah kat situ. Hope kakak tu akan jaga farah sebaiknya...Oh ya...yuran taska RM 320 sebulan, deposit RM 50.

1/12/2013 farah akan duduk taska...harap everything ok tapi aku tetap akan tengok jugak..Semoga Allah lindungi anak aku dari segala musibah dan mengharapkan pengasuh menjaganya sebaik mungkin...Aminnnn...

Wednesday, November 13, 2013

Spicos Sambal Hitam

Assalamualaikum....

Lama beno tinggalkan blog ni. Agaknya kalau lah blog ni leh naik sawang,semak samun cam rumah lama ditinggalkan dah jadi macam tu kot...hihihii...bukan takde cerita nak di kongsi,rasanya banyak sangat tapi mood nak tulis tu yang tak berapa  nak ada...

Hari ni tiba2 rajin so saja nak update pasal part time business aku ni.. mungkin ada yang dah tau la kalau bagi yang follow facebook aku. Aku baru je buat benda ni tapi Alhamdulillah sambutannya agak menggalakan ...

Aku ada menjual sambal hitam yang mana resepi aslinya adalah dari mak sendiri, Sebenarnya anak-anak pahang tau sambal ni terutama yang duk kat lipis.
Disebab kan sambutan yang mengalakkan dan dorongan mak serta suami aku tekad buat bisness sambal hitam ni.

Untung? sebenarnya takdelah untung banyak sangat tapi buat kata orang cukup la sekadar duit tambah untuk belanja hari-hari. Lagi pulak bila buat bisness ni aku berpeluang jumpa dengan kawan-kawan lama. Yang dah bertahun tak jumpa tapi disebabkan sambal hitam ni ada peluang nak bertemu kembali..Alhamdulillah

Ada yang berminat nak cuba sambal  ni? kalau nk tgk lebih lanjut boleh view page ni https://www.facebook.com/pages/SPICOS-MARKETING-SDN-BHD/429709127150190

Sekian dulu tuk kali ni...

Wednesday, July 31, 2013

RAMADAN 2013

Salam Readers....

Selamat berpuasa dan ramadan semakin hampir ke penghujung. Bermakna dah dekat nak raya dah ni...hehehheh...Ramadan kali ini berbeza sikit dari tahun sebelum ni sebab berpeluang berpuasa dengan ibu kesayanganku..bermakna juga berpeluang berbuka dengan masakan mak. Alhamdulillah...

Ramadan jugak buatkan rasa rindu sangat dengan arwah hero hati aku..Muhammad Farish Hakimi...Dia pergi pada 8 ramadan 1432. Rindu nak peluk cium dia tapi Allah lagi sayang dia. Aku dan hubby sempat ziarah pusara dia beberapa hari sebelum puasa hari tu. Dan seperti biasa lah akan ada hujan turun ditengah hari. Adalah sangat menyedihkan bila tiap kali ziarah arwah kami akan bercerita perihal adiknya. Even kami tau dia dah takde tapi pada kami dia tetap dekat dengan kami. Dan kami berjanji akan bawa Farah ziarah abang long farish bila dia besar sikit nanti.

Berpuasa dengan ada anak kecik sangat lah mencabar. Bila masa kita nak sediakan juadah ala kadar untuk berbuka time tu la jugak dia akan buat perangai. Tambah pulak dia dah lasak sekarang ni. Farah memang tak reti duduk diam.Memanjat sana sini, merangkak kesana kemari dan kadang-kadang kala rasa macam dah jaga anak lelaki pulak...hahahahha...time berbuka kami akan letak dia dalam walker sementara kami mengisi perut yang kosong.

Masalah lupa aku makin kronik pulak bila time ramadan ni. Hahahahaha...dah otw ke ofis baru teringat laptop tertinggal...so patah balik umah..oleh kerana rushing dengan kerja yang pending maka sangat yakin lah koleksi saman telah bertambah...hahahahhaha...Tapi yang paling kronik bila lupa birthday en suami...aduhai...pun dah sampai ofis jugak. Nasib baik sampai ofis ternampak parking sticker 17.07....alamak...immediate pick up phone and called my hubby...dan yang paling kelakar en suami pun lupa birthday dia...hehhehheh

Untuk kesekian kalinya aku tak dapat merasa solat tarawih. Ini dah tahun ketiga aku terlepas peluang untuk terawih. Ramadan 2011- Dalam pantang kan Farish. Ramadan 2012- Pregnant kan Farah. Ramadan 2013- Jaga Farah. In Shaa Allah..kalau ada peluang bertemu ramadan next year akan cuba meluang masa untuk bertarawih. Semoga Allah permudahkan niat aku ni. Aminnnn...

Hanya tinggal lebih kurang seminggu je lagi sebelum kita sambut hari raya. Semoga ramadan kali ini memberi seribu makna buat kita. Semoga ramadan kali ni juga dapat memperbaiki diri kita. In Shaa Allah..





Tuesday, June 25, 2013

3rd Anniversary

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...terima kasih ya Allah....20 JUNE 2013,genap tiga tahun usia perkahwinan aku dan suami.Dah terlalu banyak yang kami tempuh dan lalui tapi Alhamdulillah kami berjaya hadapinya dengan tenang. Redha dengan apa jua yang datang.

This year kami just keluar makan kat bangsar, terpaksa la pilih malam hari sebab waktu siang agak tak sesuai. Malaysia dilanda jerebu yang amat teruk...sampai kadang kala terasa susah sangat nak bernafas.

Alhamdulillah aku di kurniakan seorang lelaki yang amat memahami,yang dapat menerima aku seaadanya. Dia yang sentiasa ada bila aku perlukan..Aku ni kan hot je memanjang dan juga kuat membebel,,heheheh...tapi dia terima segala kekurangan yang ada kat aku ni. Dan aku juga  terima siapa diri dia yang seadanya.

3rd anniversary kami kali ni diserikan lagi dengan kehadiran si dobot yang makin membesar,makin nakal dan makin ligat. Si kecil Farah Nur Adzriana dah genap 9 bulan. Dah pandai nangis tiap kali mama dan papa nak pergi kerja. Tapi dia akan lebih nakal bila dengan papa...sebab papa akan dukung dia,bawak dia jalan-jalan naik motor..kalau ngan mama,mama biar je farah merengek camtu sebab tahu lama-lama dia akan dia sendiri...hihihi...mama tak nak biasakan farah camtu sebab nanti sian kat tok...

Aku sentiasa berdoa agar Allah memberi kebahagian dan kasih sayang yang kami bina ini hingga ke Jannah..Amin..

To my husband..love you so much. Thanks for everything...Mmmmuuaahh...




Monday, May 20, 2013

Rutin Harian ku...

.huh..dah lama tak update blog. Bukannya takde apa nak story...banyak sangatttttttttt...tapi masa takde nak update blog ni..Seharian kat ofis tapi masih bawak balik keje kat rumah. Terlalu banyak so kekadang tak sempat habiskan..530 PM packing all the things,shut down laptop and drive home...penat? yes sangat la penat tambah penat bila terpaksa tempuh jam kat bukit jelutung...hati jadi tambah panas bila ada segelintir manusia yang suke susahkan hidup org dengan potong q...nak potong depan aku? no way...kalau pun dapat dengar la hon yg sangat panjang dari aku...hahahhahah...kejam kan?hahhaa

Sampai rumah arround 7 pm camtu..Kalau nasib baik 630 pm dah kat rumah. Kalau pun sangat penat aku akan pastikan aku buat sesuatu untuk si kecik...main2 or kalau sampai awal sempat lah aku mandikan dia,bagi dia makan sume..hilang penat bila tengok dia senyum...dengar dia ketawa rasa hilang segala masalah...

After maghrib start la nak masak...my hubby lebih suka makan kat rumah dari makan kat luar. So biasanya kalau hari kerja ni aku masak simple jer...sup or sambal tumis. Kalau terlebih rajin tu adalah jugak menu special..luckily my hubby makan jer pape yg ada...kalau dia rasa nak makan sesuatu dia akn request lah...After dinner spend time layan farah..biasa dia akan main2..merayap sana sini, panjat bantal, or main ngan almari baju dia. Tak pun dia layan upin ipin or lagu gwiyomi tu..Dalam kul 10 dia dah start gosok2 mata tanda dia nk tidur lah tu.Satu tabiat dia, dia tak kan tidur selagi tak bawak naik bilik...aduh..terpaksa lah naik bilik awal. Tidur kan farah..then masukkan baju dalam mesin...( masukan jer, yg basuh dan jemur my hubby lah...)

Bila keje rumah settle bukak laptop, intai kejap kat muka buku..pastu start la bukak fail yang bawak balik td..rugi ooo tak buat ..berat kot fail tu...hahhahahahah....itula serba sikit rutin harian aku...


okaylah...nak tidur pulak...assalamualaikum...

Monday, March 18, 2013

Bila saya menjadi Mama

Assalamualaikum...

Nak bercerita tentang hakikat kehidupan yang aku lalui bila bergelar mama ni. Terlalu banyak yang berubah..hahahha..okay layan kan ajalah sebahagian darinya yek..

1. Masa
Yes, kalau dulu masa aku terlalu banyak dihabiskan dengan aktiviti menemani suami ke futsal,stadium and jalan-jalan. Tapi sekarang semua tu terpaksa la dilupakan untuk seketika ya. Kenapa seketika? sebab bila farah dah besar nanti akan kami bawa jugak dia ke stadium atau tengok bola. Lagi satu benda yang berkaitan dengan masa ni adalah masa untuk tidur. Adalah biasa bila beranak kecil ni akan ada masalah dengan masa. Bermakna masa tidur anak adalah berlainan dengan masa tidur ibu. Hahahah..aku jugak tidak perlukan jam loceng untuk bangun subuh sebab farah akan bangun seawal jam 630 am.

2. Shopping
Aku ni bukan la kaki shopping pun. Cuma kadang-kadang je aku pergi beli barang-barang aku. Tu pun kadang-kadang tak beli tapi en suami yang membeli. Hiihihi..tapi bila dah ada anak ni mood shopping tu macam tetiba datang la pulak. Tiap kali keluar jalan-jalan aku akan pastikan aku beli untuk Farah. Tak kisah lah baju ke,mainan ke atau pun botol susu. Agaknya memang dah jadi habit kot kalau orang yang ada anak ni?shopping barang anak lebih dari barang sendiri.

3. Tanggung Jawab
Bila dah ada anak ni secara automatik akan rasa lebih tanggungjawab. Sangat risau bila duit takda, susu anak habis dan apa-apa sahaja yang ada kaitan ngan soal anak. Dulu bila dapat gaji mula lah planning nak kesana kemari tapi sekarang lebih bijak dalam pengurusan kewangan .. hahhaha..so duit banyak spent untuk anak. Setakat ni kami dah belikan dia insurance untuk masa depan dia nanti.

4. Taat Ibu Bapa
Even my mom stay with us to take care of my baby but sometime still ada rasa kesian kat mak. Kalau masa kecik mak jaga aku sekarang pun mak kena jaga cucu. Bukan nak ambik kesempatan or nak jadikan mak orang gaji tetapi sebab beberapa reason. Firstly , because i have no confident to sent my baby to Taska. Maybe because i have an experience before. 2ndly..sebab tak nak mak duduk kampung sesorang.Kalau duduk dengan aku sekurangnya aku tahu sakit demam dia. Lagi pula semua adik beradik ada kat sini. Bila dia duduk sekali ngan aku, sesekali ada jugak mak nasihat kat aku pasal family. Taat pada ibu sementara mak masih ada. Hati terdetik bila tengok farah dan selalu bisik kat dia sebelum dia tidur. '' Bila besar nanti taat pada ibu bapa,jangan sombong dan ikut cakap mama dan papa ''. Semoga farah mendengar.

5. Sengketa
Mungkin ada hikmah bila Farah lahir. Hati aku jadi sangat lembut. Dah jarang marah-marah, lupakan emosi yang ntah pape..dan yang paling besar dalam hidup aku. Aku telah dengan senang hati untuk lupakans sengketa lama. Yang aku rasa sejak umur aku 14 tahun. Alhamdulillah hubungan yang dulu keroh kini dah kembali jerneh. Mungkin ni la yang dikatakan hikmah disebalik kejadian. Alhamdulillah syukur sangat.

6. Farah is everything
Anak itu anugerah yang Allah bagi dan sesuatu yang tak ternilai. Bukan senang nak dapat anak. Dah ada perlulah jaga dengan sebaiknya. Sejak farah lahir aku sanggup korbankan jawatan aku.Yes actually aku dah capai target aku dlm kerjaya tapi semua tu aku lupakan sebab kekangan masa. Aku terpaksa korbankan semua tu sebab nak spent time ngan farah. Biarlah orang kata aku tolak rezeki tapi pada aku duit bukan segalanya. Kalau pun aku gaji beribu tapi aku takde masa tuk anak? suami?family? aku dah abaikan satu tanggungjawab aku kan? Pada aku family is the most important thing dalam hidup aku.

Emm..terlalu panjag pulak entry aku kali ni..hahahhaha...so skang moh la kite buat koje pulok yek...hahahah..





Saturday, March 16, 2013

Don't be sad

Assalamualaikum...

Terlalu banyak rakan-rakan FB yang share gambar pasal kanak-kanak yang kononnya dikasari oleh nurse di sebuah hospital kerajaan. Ya pada pandangan mata aku memang sangat teruk gambar tu dan kalau betul bayi itu diperlakukan macam tu bermakna nurse itu sangat kejam. Tetapi Alhamdulillah , itu semua adalah tidak benar dan hanya sebaran palsu oleh pihak tak bertanggung jawab. Ya Allah, siapa lah yang sanggup buat cerita macam tu? Aku pasti semua yang dapat berita tu sangat-sangat sakit hati dan sedih. Aku? Ya aku antara yang tak sanggup nak tengok..

Sebab apa aku sedih? Sebab aku rindu kan Farish. Anak yang aku kandung dan lahirkan pergi buat selamanya. Bukan aku tak terima takdir cuma tak faham kenapa ada yang sanggup sebarkan cerita paslsu macam tu? tak fikir persaan parents baby tu?

Aku juga ada rakan blog baru. Terima kasih ina haireina sebab sudi jengah blog yang tak seberapa ini. Bila baca blog dia mesti air mata ni mengalir. Teringat kan farish dan dalam masa yang sama sangat kagum dengan ketabahan ibu ini. Terfikir mungkin kalau aku kat tempat dia entah macam mana la agaknya. Tiap kali baca entry dia pasal si kecik yang comel tu akau selalu berdoa agar berikan kesihatan untuk nya. Berdoa semoga anak kecil ini dapat membesar sepertimana insan yang seusia dengannya. Tak sanggup rasanya bila tengok anak kecil ni keluar masuk hospital..Aku juga mengharapkan Allah memberikan kekuatan,kesabaran,ketabahan, kesihatan untuk ibu dan bapa anak ini. Allah tahu apa yang baik untuk hambanya. Terima kasih sekali lagi untuk blogger Dunia Ina Haireina yang sudi follow blog aku ni. 


Aku juga mendoakan agar baby twin sahabat aku ni sihat dan membesar dengan jayanya, To mummy..dont give up. Kekuatan ibu adalah semangat untuk anak2 itu. Aku sentiasa berdoa untuk anak twin tu sebab mama lisa tak sabar nak jumpa mereka. Ya Allah berikan laj kesihatan yang baik untuk anak-anak itu.Harap mummy akan update pasal twin kat blog dia. DIANA ABDUL MOLOK: LIFE 'N EVERYTHING 

To both mummy. .. dont be sad. Jangan sesekali give up. Allah menduga kita sebab Allah tahu kita mampu untuk laluinya. Sentiasa berdoa untuk anak-anak. Dan banyak kan sembang dengan mereka. Insyaallah..mereka memahami naluri ibu mereka.

Friday, March 15, 2013

My Friend Wedding

Assalamualaikum..

Belum terlambat lagi nak ucapkan tahniah buat sahabat aku yang melangsungkan perkahwinannya pada 09 Mac yang lepas. Majlis diadakan di dewan komplek Warga Emas, Seksyen 24 Shah Alam. Alhamdulillah, seorang lagi sahabat aku dah pun tukar status. Tahniah Puan Nadia and welcome to the club. Semoga menjadi isteri solehah dan dikurniakan zuriat yang comel-comel.

Apa yang paling seronok bila ada kawan-kawan kawin ni bila dapat peluang berjumpa dengan kawan-kawan lama. Maklum lah bila dah berkerja dan berkeluarga susah nak jumpa. Seronok sangat dapat jumpa mereka. Tapi tak sempat nak sembang sangat sebab farah dah ngantuk. Sempat jugak lah snap gambar dengan pengantin. Dan rembat kek pengantin..hahahahah...memang sempoi la..

Tak mau cite banyak-banyak..layan la gambar yang tak seberapa.


My happy family

SELAMAT PENGANTIN BARU NADIA
CUBA RASA KEK PENGANTIN..

Monday, March 11, 2013

My little princess : Farah Nur Adzriana



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Farah dah 5 bulan. Betapa cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru aja aku bersalin..hihihi..Farah dah makin membesar dan dah pandai meniarap. Farah jugak dah pandai menangis bila mama dan papa pergi kerja. Papa selalu manja kan farah. Dah nampak Farah lagi rapat dengan papanya.Buktinya?

Tiap kali papa lambat balik dari futsal malam hari farah akan setia menunggu. Walau pun matanya dah layu tapi dia sanggup tunggu papa baru dia akan tidur. Mungkin dia nak manja dengan papa sebab mama dah buat semua. Dari mandi kan,pakaikan pampers,bagi susu,dan tidur kan farah..so bila malam farah nak merasa manja dengan papa pulak..

Bila tengok farah kami sendiri rasa yang farah ada ikut papa dan mama...of course la kan sebab farah datang dari benih cinta kami..hahahahhaa..(sila muntah bila baca ayat aku ni)..Kenapa aku kata begitu? Farah ni sangat suka dengan budak-budak. Bila nampak budak-budak dia akan gelak dengan kuatnya. Kalau pulak budak-budak tu agah dia. Lagi dia suka. Itu ikut perangai aku. Hahahhaha. Kalau dari segi rupa pulak memang copy muka papa dia. Kata mak mertua aku, masa kecik papa dia sebijik macam farah sekarang..hahahhaha..

Dari segi kesihatan pula, Alhamdulillah..Tiada yang perlu dibimbangkan. Hari tu dah bawak farah jumpa Pakar kanak-kanak kat klang sebab takut ada masalah dengan jantung dia. Lagipun doktor refer sebab Arwah abglong farish dia ada masalah jantung. Resultnya Alhamdulillah...semuanya baik2 sahaja.

Sekarang farah masih lagi dijaga oleh tok nya..( my lovely mom ). Alasan untuk tak nak hantar kat taska atau orang jaga sebab hati mama dan papa belum sedia. Mungkin disebabkan takut jadi papa kat farah. Insyaallah..tahun depan kami akan hantar jugak farah ke taska. Masa tu dia dah besar sikit. Dah setahun.

Alhamdulillah..kami sangat bersyukur dengan kurnian Allah ni. Ini amanah yang tak ternilai yang akan kami jaga,pelihara dan didik menjadi insan yang berguna. Tak sabar nak tunggu farah membesar. Semoga Allah memberikan kami kesihatan dan kesempatan untuk melihat farah membesar. Dan kumohon agar farah akan membesar dengan sihat. Insyaallah..bila farah dah besar kami akan bawa dia ziarah arwah abang long Farish.

 


Wednesday, February 27, 2013

Si kecil selsema?


Assalamualaikum...

Farah diserang selsema masa kami balik ke kampung. Mungkin sebab tidur dalam aircord or sebab travel malam.Kesian sangat. Tidur pun tak lena. So macam biasa kami bawak pergi klinik. Bagi ubat pun masih belum baik. Masih berhinggus dan nafas berbunyi.

Rupanya my mom punya cara sangat la mudah. Hanya gunakan minyak kelapa pastu sapu kat ubun dan hidung.
Alhamdulillah..selsema farah beransur baik dan hari ni dah makin hilang...

Moral of the story  do not under estimate our traditional way..hihihi



Monday, February 18, 2013

Kulat Susu

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin ....

Dalam nak tunggu mood untuk buat kerja ni nak jugak la update sikit blog ni, Konon masa weekend hari tu  nak la update blog tapi oleh kerana dok melayan si bam bam tu terus lupa...hahahha..maklum lah mama ni bukan la super mom but kelam kabut mama...hahahaha

For info farah bukan la seperti anak2 kawan mama yang bertuah dapat susu ibu sepenuhnya. Farah sejak dari dalam pantang dah bagi susu formula sebab mama takde susu sangat. Kene jugak support ngan susu formula..kalo tak nanti Farah nangis sebab lapar...sian anak mama..huhuhu..tapi yang penting mama will do my best for you..love you baby.

Mungkin sebab bagi susu formula farah dapat kulat susu. Kulat susu ni adalah something yang melekat kat lidah dan dalam mulut baby. Ada jugak yang kat pipi or mana2 area yang terkena susu. Kalau tak dirawat akan sebab kan baby rasa sakit tiap kali menyusu. Sian nanti baby tak nak susu dah akan akibat kan berat badan susut.

Masa farah dulu, first yang papa and mama buat adalah pergi klinik and doctor bagi ubat sapu. Try sapu kat lidah dan lelangit tp tak jugak kurang. Mama dah risau takut jadi tambah serius. Then mama pun google la. Ada yang cakap guna air kencing baby..eeee yark,,kalau difikirkan air kencing tu kan kotor? Tapi mama tanya org tua2 dan dapat pertua yang sama juga. Mama have no choice..buat jugak la...

Alhamdulillah ..sikit demi sikit kulat susu itu hilang..papa dan mama pun lega..hahhahaha..ada jugak mak bagi pertua kalau baby tu ada kulat susu kat pipi. Mostly kalau breast feed. Gunakan susu badan je untuk hilang kan kulat susu tu. Kalau kulat susu tu belah kanan pipi guna kan susu dari breast belah kiri dan begitulah sebaliknya. Insyaallah kalau diamalkan kulat susu tu hilang.

Petua atau ubat hanya la ikhtiar kita. As a parent of couse we want the best for our children..tapi Allah la yang menentukan segalanya.

Thursday, February 14, 2013

Petua untuk bayi kembung

Assalamualaikum...

Sempena Chinese New Year aku bawa farah balik kampung aku kat lipis. Malam kedua kat kg farah meragam. Nangis tak berhenti. Hati ni dah risau tambah pulak papa farah tak ikut kami balik. Kalau ada papa farah sekurangnya lega la sikit kan? Nasib baik ada mak dan kakak..

Biasanya farah akan nangis atau mengamuk bila dia nak tidur je..tapi malam tu lain macam pulak. Dah macam2 cara pujuk. Bagi susu pun tak nak. Then periksa perut dia..emm..patutlah..farah kembung..then this time perlukan petua mak2 kita zaman dulu kala kan...hahahhah...maybe zaman sekarang dah tak amalkan lagi..

1. Sapu minyak 
Cara ni agak biasa la kan..sapu minyak kat perut baby. Aku guna minyak telon jer..sapu kat   perut,belakang dan tapak kaki.

2. Guna kan tali pusat 
 Kan lepas 4 atau 5 hari lepas baby lahir pusat dia akan gugur kan. Jangan buang, letak pusat tu  dalam kain putih campur sekali dengan lada hitam. Bungkus macam sup bunjut tu. Amalkan tuam  kat baby lepas mandi. Cara sama ada guna lilin atau pun lagi mudah kalau kat rumah ada  cerek.,panaskan cerek dan panas kan bunjut tadi kat cerek then tuam atas baby. Tuam kat bahagianpusat,belakang dan tapak kaki.

3. Gunakan pasir
Cara yang ni aku pun baru  belajar. Mudah jer,ambik la segengam pasir pastu goreng atas kuali sebab nak kasi dia panas. Kalau nak lagi bagus tambah lada hitam. Then letak dalam kain buat macam bungkus sup bunjut dan tuam kat baby.


Setiap apa yang kita buat tu mulakan la dengan selawat ke atas nabi dan doa2 ringkat. Semua ni kita hanya tawakal. Yang sembuhkan adalah kuasa Yang Maha Esa.

Wednesday, January 16, 2013

Our little princess

DAY 1 : FARAH NUR ADZRIANA




 Now nak cerita pasal puteri  kesayangan kami ni. Lahir pada usia kandungan ku baru masuk 35 weeks. Malam yang aku pergi makan chicken chop kat bangsar tu dah rasa lain macam jer. Perut rasa tegang tapi masih buat tak tahu lagi. Relaks jer lepak kat bangsar sampai kul 11 lebih then baru gerak balik saujana putra, Sampai rumah sempat la solat semua dan get ready untuk tidur. Tiba-tiba.....................terasa ada air keluar mencurah-curah...oh my god...dah nak bersalin ni..ketuban pecah..terus kejut my hubby and terus siap-siap ke Hospital Serdang.

My hubby dah kelam kabut and takut sebab belum cukup 36 minggu dan secara automatik teringat apa yang jadi kat farish. So on the way ke hospital aku tak putus berdoa agar baby aku selamat...familyi  semua dah diberitahu dan most of them terkejut sebab patut due aku 17 oct..

Sampai kat serdang terus aku register tapi rupanya time tu wad penuh. Nak tak nak aku terpaksa jugak. Doctor pun wat check up nak tengok dah bukak bape cm..masa tu dah 3 cm tp dah leaking banyak. So doctor scan nak tengok kedudukan baby..alamakkkkkkkkkkkkk...baby breach lagi. Doktor bagi pilihan nak normal or ceaser. Both ada risiko..so aku decide ceaser cos for me it less risk compare to normal..then doctor explain kat husband aku yang aku kene ceaser atas pilihan aku dan husband aku faham risiko..

Emm,,,nurse pun bertungkus lumus lah siap kan aku. Ada yang pakai kan baju, tutup kepala tu, cucuk sana cucuk sini..sakit wooo...huhuhu..doctor lak call doctor yang standby malam tu..before masuk bilik operation tu aku sempat la jumpa husband mintak maaf kat dia dan suruh dia doa kan semoga baby ok..

So masa dalam operation room tu aku dibius. Pas kene suntik kat tulang belakang terus aku rasa kebas dari pinggang ke bawah. Rasa cam takde kaki pun ye jugak..hahahahha..pastu nurse pasang kan oksigen la tapi aku taknak pakai sebab aku rasa tak selesa. Dengar doctor ngan nurse sembang2 la..pastu tibe-tibe dengar baby nangis..

DAY 1 : FARAH NUR ADZRIANA
Terus aku tanya nurse tu anak aku ke yang nangis?nurse kata " ye puan,itu anak puan".."berapa berat dia?"..." 2.49"...Alhamdulillah..risau berat dia kurang dari 2 kg..tapi alhamdulillah...tak lama lepas tu nurse bawak baby kat aku and tunjuk dia punya tut kat aku...Alhamdulillah...she is a girl and she so cute...terasa lega sgt. Lepas tu nurse bawak baby jumpa papa dia untuk diazan kan..

Bila dah nampak wajah anak rasa semua sakit hilang...Alhamdulillah..syukur sangat dengan anugerah Allah ni..