Powered by Blogger.

Thursday, February 14, 2013

Petua untuk bayi kembung

Assalamualaikum...

Sempena Chinese New Year aku bawa farah balik kampung aku kat lipis. Malam kedua kat kg farah meragam. Nangis tak berhenti. Hati ni dah risau tambah pulak papa farah tak ikut kami balik. Kalau ada papa farah sekurangnya lega la sikit kan? Nasib baik ada mak dan kakak..

Biasanya farah akan nangis atau mengamuk bila dia nak tidur je..tapi malam tu lain macam pulak. Dah macam2 cara pujuk. Bagi susu pun tak nak. Then periksa perut dia..emm..patutlah..farah kembung..then this time perlukan petua mak2 kita zaman dulu kala kan...hahahhah...maybe zaman sekarang dah tak amalkan lagi..

1. Sapu minyak 
Cara ni agak biasa la kan..sapu minyak kat perut baby. Aku guna minyak telon jer..sapu kat   perut,belakang dan tapak kaki.

2. Guna kan tali pusat 
 Kan lepas 4 atau 5 hari lepas baby lahir pusat dia akan gugur kan. Jangan buang, letak pusat tu  dalam kain putih campur sekali dengan lada hitam. Bungkus macam sup bunjut tu. Amalkan tuam  kat baby lepas mandi. Cara sama ada guna lilin atau pun lagi mudah kalau kat rumah ada  cerek.,panaskan cerek dan panas kan bunjut tadi kat cerek then tuam atas baby. Tuam kat bahagianpusat,belakang dan tapak kaki.

3. Gunakan pasir
Cara yang ni aku pun baru  belajar. Mudah jer,ambik la segengam pasir pastu goreng atas kuali sebab nak kasi dia panas. Kalau nak lagi bagus tambah lada hitam. Then letak dalam kain buat macam bungkus sup bunjut dan tuam kat baby.


Setiap apa yang kita buat tu mulakan la dengan selawat ke atas nabi dan doa2 ringkat. Semua ni kita hanya tawakal. Yang sembuhkan adalah kuasa Yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.