Powered by Blogger.

Monday, October 10, 2011

Sama tapi tak serupa

Lama aku tak jenguk blog aku since my last update about my hero...MUHAMMAD FARISH HAKIMI..ikutkan hati banyak benda nak ditulis pasal farish tp my hubby cakap tak payah la sebab itu akan tambah kan lagi rasa sedih aku...

Tapi ibu mana yang dapat lupakan anaknya walaupun anak itu telah pergi jauh tinggalkan si ibu..sama jugak macam aku...even sh hampir 3 bulan..ye hari ni genap 3 bulan farish tinggal kan aku tapi aku langsung tak dapat nak lupa kan dia..walau pun aku sempat jaga dia 13 hari jer.

Dan baru-baru ni..aku ada terbaca kat fb pasal seorang ibu yang begitu tabah menghadapi ujian Allah. Kisahnya hampir sama dengan kisah aku. Yang bezanya,arwah anak puan tu pergi pada usia 4 tahun dan hampir semua permintaan si anak ditunai kan oleh si ibu. bezanya juga puan ini sangat tabah dan sabar dengan dugaan sehingga dia dan suami uruskan sendiri jenazah arwah anak mereka.Dari mandi,kafan dan hingga la urusan dia tanah perkuburan. Yang buat aku kagum,semasa puan ni uruskan jenazah tu langsung dia tak menangis.Betapa tabahnya hati dia dia.

Kenapa aku kata kisah puan tu sama dgn apa yang aku lalui?arwah anaknya sama macam farish,mengalami masalah jantung. Kami juga diberikan nikmat mengandung,melahirkan tetapi nikmat itu hanya di pinjamkan sementara untuk kami..cuma aku tidak mempunyai kekeutan dan ketabahan seperti puan itu. Dan aku harap aku mampu menjadi kuat seperti dia..

Al- fatihah buat kedua permata hati ibu-ibu ini. Walaupun farish jauh dari sisi ibu tapi farish tetap hero ibu dengan ayah..