Powered by Blogger.

Wednesday, July 31, 2013

RAMADAN 2013

Salam Readers....

Selamat berpuasa dan ramadan semakin hampir ke penghujung. Bermakna dah dekat nak raya dah ni...hehehheh...Ramadan kali ini berbeza sikit dari tahun sebelum ni sebab berpeluang berpuasa dengan ibu kesayanganku..bermakna juga berpeluang berbuka dengan masakan mak. Alhamdulillah...

Ramadan jugak buatkan rasa rindu sangat dengan arwah hero hati aku..Muhammad Farish Hakimi...Dia pergi pada 8 ramadan 1432. Rindu nak peluk cium dia tapi Allah lagi sayang dia. Aku dan hubby sempat ziarah pusara dia beberapa hari sebelum puasa hari tu. Dan seperti biasa lah akan ada hujan turun ditengah hari. Adalah sangat menyedihkan bila tiap kali ziarah arwah kami akan bercerita perihal adiknya. Even kami tau dia dah takde tapi pada kami dia tetap dekat dengan kami. Dan kami berjanji akan bawa Farah ziarah abang long farish bila dia besar sikit nanti.

Berpuasa dengan ada anak kecik sangat lah mencabar. Bila masa kita nak sediakan juadah ala kadar untuk berbuka time tu la jugak dia akan buat perangai. Tambah pulak dia dah lasak sekarang ni. Farah memang tak reti duduk diam.Memanjat sana sini, merangkak kesana kemari dan kadang-kadang kala rasa macam dah jaga anak lelaki pulak...hahahahha...time berbuka kami akan letak dia dalam walker sementara kami mengisi perut yang kosong.

Masalah lupa aku makin kronik pulak bila time ramadan ni. Hahahahaha...dah otw ke ofis baru teringat laptop tertinggal...so patah balik umah..oleh kerana rushing dengan kerja yang pending maka sangat yakin lah koleksi saman telah bertambah...hahahahhaha...Tapi yang paling kronik bila lupa birthday en suami...aduhai...pun dah sampai ofis jugak. Nasib baik sampai ofis ternampak parking sticker 17.07....alamak...immediate pick up phone and called my hubby...dan yang paling kelakar en suami pun lupa birthday dia...hehhehheh

Untuk kesekian kalinya aku tak dapat merasa solat tarawih. Ini dah tahun ketiga aku terlepas peluang untuk terawih. Ramadan 2011- Dalam pantang kan Farish. Ramadan 2012- Pregnant kan Farah. Ramadan 2013- Jaga Farah. In Shaa Allah..kalau ada peluang bertemu ramadan next year akan cuba meluang masa untuk bertarawih. Semoga Allah permudahkan niat aku ni. Aminnnn...

Hanya tinggal lebih kurang seminggu je lagi sebelum kita sambut hari raya. Semoga ramadan kali ini memberi seribu makna buat kita. Semoga ramadan kali ni juga dapat memperbaiki diri kita. In Shaa Allah..