Powered by Blogger.

Wednesday, May 28, 2014

DariNya kita datang, KepadaNya kita kembali

Mati itu pasti. Tiap yang bernyawa pasti akan dijemput Yang Maha Pencipta untuk bertemu denganNya. Cuma bila?bagaimana? Semuanya telah ditentukan Yang Maha Esa.

Mendapat berita kematian anak kepada rakan sekerja buat hati ni teringat kan arwah farish. Ya..Rasa rindu kat arwah memang tak pernah hilang. Kes anak rakan sekerja sama macam arwah Farish. Dilahirkan kedunia sebelum masanya. ( pre-mature). Allah lagi sayang pada arwah. Dan dugaan yang terlalu besar untuk ibu bapa. Aku faham apa yang mereka rasa kerana aku dah lalui nya. Allah menduga kerana Allah tahu umatnya mampu menghadapi dugaan itu.



Hari ni,dapat berita perginya seorang ex-officemate. Menghidap kanser dan terasa sedih kerana mengenali beliau tak pernah tau arwah ada sakit yang serius. Hanya tau dia ada sakit yang normal bagi orang seusia dia. Tapi Allah lagi mengetahui, Allah lagi menyayangi dia. Ini juga dugaan buat family arwah.



Al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk family. Semoga family tabah hadapi ujian ni dan semoga roh nya dicucuri rahmat.



***** MATI ITU PASTI..BERSEDIAKAH AKU???? CUKUPKAH AMALANKU????

          

Wednesday, May 21, 2014

Bawal Aidijuma

Hari ni nak post pasal tudung pulak.Dulu pernah lah kecoh pasal Mawar Fareeda buat rampasan tudung yang ala-ala tudung keluaran Fareeda. Dan ramai yang tak puas hati pasal tindakan Mawar dan pihak pengurusan Fareeda. Antara sebab yang dinyatakan oleh mereka yang tak puas hati sebab harga tudung original terlalu mahal dan bukan mampu milik. Seterusnya apa yang buat orang tabah marah bila keluar kenyataan dari page Fareeda yang mengatakan kalau nak berfesyen perlu ikut kemampuan. Hebat jugak lah kecaman dan kritikan yang pihak fareeda dapat terumanya Puan Mawar.



Aku bukan lah peminat tudung Fareeda. Lagi pulak aku ni bukan yang ikut fesyen sangat. Tapi apa yang Fareeda buat tu ada betulnya sebab dia dah daftar kan patern tudung dia. So dia memang ada hak lah nak rampas semua yang tiruan. Lagi pulak dia mesti lah sakit hati sebab dia yang reka fesyen camtu tiba-tiba senang-senang pulak orang tiru. Cuba kita letakkan diri kita kat tempat dia. Orang berpenat lelah,bersengkang mata semata-mata nak hasil kan sesuatu tapi orang lain hanya perlu copy and paste untuk dapat kan keuntungan. Sama jugak kalau kita stay up..minum bergelas-gelas nescafe semata nak hilangkan rasa mengantuk untuk buat project paper then ada orang hanya perlu ciluk idea kita dan dapat markah tinggi dari kita..apa yang kita rasa? sakit hati kan? hahahahah...



Tapi aku sangat suka berbawal. Aku sekarang suka tudung bawal aidijuma. Harga pun mampu milik dan cantik-cantik. Bawal aidijuma ni senang nak bentuk,kain pun lembut. Kalau beli online biasa harga akan mahal sikit dari pergi sendiri kat concept store. Maklum lah aidijuma ni pun ramai peminat. Every time sale pun kena berebut. Aku pulak takde lah nak pergi berebutkan..hahhahahah..pergi time lunch jer sebab hq aidijuma ni dekat sangat ngan ofis. Cuma bila pergi tu ada yang hot design dah habis.



Tudung bawal ni boleh digayakan ngan bagai cara. Ada gaya simple ada gaya yang fesyen sikit. Kalau yang rajin google or youtube banyak cara nak pakai tudung bawal ni.. Aku suka pakai yang simple jer. Janji senang dan cepat dan tak nampak serabut.



ooh ye..ada sekali masa kat concept store tu terserempak ngan datin juma tapi tak sempat ambil gambar pun. Dia nak balik tapi satu benda yang aku respect kat dia ialah dia lambai kat sume customer dia..hahahaha..aku ngan officemate rasa teruja pulak..hahahahha


Dalam koleksi aku ada byk jugak bawal ni. nanti next post aku upload gambar tudung tu...




Friday, May 16, 2014

Special day for a special person.

Hari-hari istimewa bulan MAY





1) Hari pekerja

     Public holiday dan ni tahun ke 7 sambut hari pekerja. Rasa best jer sebab dapat cuti.hahaha..dh 7 tahun rupanya aku keje buat akaun. Macam baru je habis belajar..tapi 7 tahun kerja saving tak macam org keje selama itu jer...



2) Hari Ibu

    Ni pun aku sambut sebab aku kan dah jd mak org.hahahah...even ada yg bg fatwa yg sgt menangarut tentang hari ibu yg mana kalau sambut leh rosak akidah lah..budaya barat lah..tapi aku sambut jugak. At least spent one day untuk raikan mak dan diri sendiri kan. Hari2 pun kite kena ingat mak tapi bila ada satu hari yg special haruslah kite celebrate..



3) Hari guru

     Istimewa buat semua yang bergelar pendidik..hari untuk kita kenang jasa cikgu2 yang tak jemu mendidik kita. Ramai jugak member yang jd cikgu, lecturer ni..terima kasih cikgu untuk segala tunjuk ajar mereka selama ini.



4) HAppy birthday

    Happy birthday to my bff aka abg ku alient aka abg zaini..dh bertambah lagi usia..ahahha. dan happy birthday jugak buat sahabat aku yang amat aku syg..faradiela...semoga happy sokmo lah..





Okay lah dah lewat beno ni..esok keje. Good night...

Thursday, May 15, 2014

Interview and exam SPA

Buat kesekian kalinya dapat panggilan untuk jawatan akauntan gred W41. Kalau tak silap ni dah masuk kali yang ke 4 kot dapat panggilan untuk jawatan yang sama. Biasa lah tentu kak ngah dok sibuk call bgtau ada surat interview tu. Maklumlah masa apply ritu guna alamat umah dia.Haahahah...biasalah bila dia dah call bgtau tu harus lah bagi jawapan yang positif kan..Kak Ngah ni spesis mak2 gitu yang mana lebih suka adik beradik keje gomen. Senang katanya bila dah tua. Ada pencen bagai..ada elaun itu ini semua..



Memang lah betul semua tu tapi hati ni sangat lah berat nak masuk keje gomen. Sebab? Banyak sebab nya terutama bila tengok member yang keje gomen ni kena outstation lama-lama. Kena tinggalkan suami dan anak2 lagi..tak sanggup rasanya..Hahahahh...Tapi sila jangan salah faham ye..Bukan ada anak jadikan alasan tak nak keje gomen tapi sebab aku yang tak nak..hahhahahah..



Yang sebenarnya bila dah masuk 3 series ni dah malas dah nak g interview pastu jawab exam bagai. Otak den dah tak berfungsi untuk jawab exam lagi..hahahah..lagi pulak dah macam sayang nak tinggal kan keje sekarang ni. Dah sayang ngan office dan bos dan kawan2 kat sini..hhahahhahah...



Pada aku tak kisah lah keje swasta ke gomen ke sama aja. Itu sume rezeki. Terserah lah pada individu masing2. Untuk aku,rasa keje swasta lagi sesuai kot..hihihihi