Powered by Blogger.

Friday, July 30, 2010

What my name means

There are 8 letters in your name.
Those 8 letters total to 31
There are 4 vowels and 4 consonants in your name.

Your number is: 4
The characteristics of #4 are: A foundation, order, service, struggle against limits, steady growth.

The expression or destiny for #4:
Order, service, and management are the cornerstones of the number 4 Expression. Your destiny is to express wonderful organization skills with your ever practical, down-to-earth approach. You are the kind of person who is always willing to work those long, hard hours to push a project through to completion. A patience with detail allows you to become expert in fields such as building, engineering, and all forms of craftsmanship. Your abilities to write and teach may lean toward the more technical and detailed. In the arts, music will likely be your choice. Artistic talents may also appear in such fields as horiculture and floral arrangement, as well. Many skilled physicians and especially surgeons have the 4 Expression.
The positive attitudes of the 4 Expression yield responsibility; you are one who no doubt, fulfills obligations, and is highly systematic and orderly. You are serious and sincere, honest and faithful. It is your role to help and you are required to do a good job at everything you undertake.

If there is too much 4 energies present in your makeup, you may express some of the negative attitudes of the number 4. The obligations that you face may tend to create frustration and feelings of limitation or restriction. You may sometimes find yourself nursing negative attitudes in this regard and these can keep you in a rather low mood. Avoid becoming too rigid, stubborn, dogmatic, and fixed in your opinions. You may have a tendency to develop and hold very strong likes and dislikes, and some of these may border on the classification of prejudice. The negative side of 4 often produces dominant and bossy individuals who use disciplinarian to an excess. These tendencies must be avoided. Finally, like nearly all with 4 Expression, you must keep your eye on the big picture and not get overly wrapped up in detail and routine.

Your Soul Urge number is: 3
A Soul Urge number of 3 means:
With the Soul Urge number 3 your desire in life is personal expression, and generally enjoying life to its fullest. You want to participate in an active social life and enjoy a large circle of friends. You want to be in the limelight, expressing your artistic or intellectual talents. Word skills may be your thing; speaking, writing, acting, singing. In a positive sense, the 3 energy is friendly, outgoing and always very social.
You have a decidedly upbeat attitude that is rarely discouraged; a good mental and emotional balance.
The 3 Soul Urge gives intuitive insight, thus, very high creative and inspirational tendencies. The truly outstanding trait shown by the 3 Soul Urge is that of self-expression, regardless of the field of endeavor.
On the negative side, you may at times become too easygoing and too optimistic, tending to scatter forces and accomplish very little. Often, the excessive 3 energy produces non-stop talkers. Everyone has faults, but the 3 soul urge doesn't appreciate having these pointed out.

Your Inner Dream number is: 1

An Inner Dream number of 1 means:
You dream of being a leader and one who is in charge. You want to be known for your courage, daring, and original ideas. You seek unconquered heights. People may get a first impression that you are very aggressive and sure of yourself

Thursday, July 29, 2010

SLE INFO...

Just for info about SLE DECEASE:

Apa itu SLE?

Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.
Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.
Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.
SLE - Elak Stres, Fikir Positif
Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan - SLE bukan sejenis penyakit berjangkit.
Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.
Lupus mengambil sempena nama `serigala' dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.
Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.
Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala membahayakan nyawa!
Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.
Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca-punca

Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.
Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.
Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.
Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.
Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.
Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE

- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.

Perhatian


Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.
Diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.
Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.

Rawatan-

Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.
Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.

- Pengubahsuaian gaya hidup.

Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.
Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.
Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.
Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.
Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.

Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.
Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.
Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.
Peluang kehamilan
Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnya
Sebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.
Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.
Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.
Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.
Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.
Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.

Wednesday, July 28, 2010

SLE DECEASE

SLE adalah sejenis penyakit yg menyerang kita secara syp and kita sendiri pun tak tau and tak sedar. aku dulu pun tak pnh tau and tak pnh amik tau pasal penyakit ni...dengar pun tak pnh. Tp aku tau pasal pnyakit ni ble kakak aku disah kn menghidap SLE..

Kakak aku ni (arwah) memang sejak dia kecik asyik sakit jer sampai besar pun sama,so ble dia demam ker kitaorg cam anggap dia demam biasa jer. tiap kali demam dia lebih suka pergi klinik dr hospital.maybe kat klinik lagi cpt dpat rawatan kot nk dibandingkan dengan hospital. Bile wat rawatan kat klinik doktor kata takde pape...demam biasa..so hanya makan ubat.lama2 arwah akak aku ni bertambah kurus,rambut gugur and pucat jer...lau tgk cam tak percaya itu dia sebab fizikal dia yg berubah mendadak.

Akhirnya kitaorg decide bwk g hospital kajang. 2 minggu kat wad and doctor pun tak dpt bgtau per penyakit yang akak aku hidapi. Masa dia kuar spital tu dia still boleh jalan lagi tp kaki dia bengkak..dortor suh dtg wat rawatan susulan after a month. aku dpt tgk perubahan yg ketara kat dia msa tu ialah dia mcm hilang deria rasa tau..air tumpah kat badan dia n bj dia bsh pun dia tak rasa,tp aku pikir maybe dia sakit so dia malas nk amik kisah sgt.

Untuk rawatan susulan dia sekali lagi kena ulang alik hospital and masa tu doctor dah tau pe penyakit dia but i am really frustrated coz hospital lambat inform kitaorg. sepatutnya dia dah kne mkn dr awl lagi 14 jenis ubat untuk halanh sakit dr merebak...tp sbb kn lambat inform dia dah makin teruk and terpaksa tahan kat wad lagi..5 hari kene tahan kat spital kajang then transfer to HKL( better coz have more facilities and specialist..keadaan dia 50-50...jap ok and jap tak...but we still hope she will be fine...

sejak dia kat spital kami tak penah biarkan dia,sentiasa ada ngan dia selain bg semangat kat dia n mak aku yg teman dia kat spital...tiap kali pergi tgk dia air mata aku ni tak pnh kering rasanya...tambah pula ble dia asyik nk balik umah jer..lagi sedih aku dibuatnya.g ofis pn rase cm takde semangat pun..

Ajal maut ditangan Allah..Dia lebih sygkan akak aku..6 April 2010..(3 days after her 28th besday) dia pergi tinggalkn kitaorg.walau pun perit tp takdir kne gak kitaorg terima...Allah lebih syg kan dia..hanya doa yg mampu kitaorg bg untuk dia skarang..tiap yg hidup pasti akan mati cuma masa jer yg kita tak tau ble...

semoga roh akak aku ditempat kan bersama org2 yg beriman..amin....

Monday, July 26, 2010

International Friendly Match

Semalam aku g ikut my hubby tgk bola kat Bukit Jalil..kitaorg sampai kat stadium dlm kul 445 pm camtu dan dah ramai la org kat situ...aku tercari2 gak lah member aku yg aku mintak tolong beli kn tiket...cari dan cari akhirnya jumpa gak kat satu gerai ni..aku mintak tiket aku n hulur la RM 20 kat dia untuk harga 2 tiket tu..tp mbr aku ni sgt baik hati coz bg free jer tiket tu and yg paling best tiket tue harga RM 30/each...terasa bertuah nya badan...hahaha..neway thanks ar kat mbr aku tu...ssh2 jer...hahahha...

Tepat kul 515 pm..game start..biru untuk malaysia and merah tuk korea..stadium tak de la pnh sgt pun..hanya takat boleh tahan lah..tp pd aku bukan jumlah penonton yg penting tp yg lagi penting semangat yg di tunjukan...1 half nmpk la barisan permain negara mengatur serangan demi serangan tp masih lum berjaya gak dpt gol..the 1st half 0-0...

Tiba2 hubby aku tunjuk kat 1 banner yg penyokong malaysia bwk..lau tgk memang mendalam maksudnya...1980,MALAYSIA 2-1 KOREA,2010 KOREA=WORLD CUP,MALAYSIA...???... Aku pun terpikir,ble pemain kita nk jd permain taraf dunia?cam zaman2 kegemilangan Moktar Dahari n the gang dulu? Maybe lum masa kita kot...mana tau esok2 pemain2 negara ni bakal wat kejutan?yg penting kita kne sokong diaorg lah...jgn dok kutuk2 diaorg...nnt ble diaorg down kalah ngan team yg tak ternama,negara kita gak yg malu...btl tak?

Yang best ada 3 org awek duk dpn jarak 5 baris dr aku n hubby...yg best nya 2 dr awek tu pakai jersi korea...emm..pada aku nmpk sgt tak sokong negara sendiri tp tak kisah lah..maybe saja suka2 kot...hubby aku hot plak n ckp lau malaysia gol nk suh awek tu bukak baju...(hubby aku ni patriotik org nya)...aku pun diam jela...dlm hati sj2 ckp lah tue...lbh kurang minit ke 50 kot malaysia dpt gol...time ni memang sume org bangun lah...semua suka n happy coa at last malaysia dpt gak gol...yg paling aku tak sangka hubby aku leh bwk bendera (kitaorg memang bwk bendera)g depan awek 2 org yg pakai bj korea tue...terkejut aku...lama2 aku tgk bdk tue pun dah ttp perkataan korea kat baju diaorg...ni sumer gara2 hubby ku...hahhaha...

Finally malaysia menang 1-0 ngan korea and boleh di banggakan gak lah...maybe advantage kat tempat sendiri kot...ntah lah..akhir nya maju lah sukan untuk negara...hahahhahaha...

Saturday, July 24, 2010

OUT DOOR PICS

Untuk gmbr2 outdoor ni aku pun tak tau nk wat kat mana sebenarnya coz aku tak leh nk pk katne tempat yg cantik...so ni aku ikut suggestion aku nya photographer...diaorg excited nk amik gmbr kat railway station...1st time diaorg buat katanya...so and hubby ikut je lah....




Thursday, July 22, 2010

200610-MAJLIS SANDING







MY WEDDING -PART 1






MY WEDDING PIC


Plan nk gmbr ngan sume family tp tak jd coa ada yg ngah bz dgn preparation tuk esk.so mana yg ada je la dpt gmbr...mak,adik,opah n mak (mertua)...



Penat nk suh hubby aku tu senyum coz dia jenis yg ssh sket nk senyum..sampai abie & fakhrul (photographer) tu kne suh dia sym br dia nk sym...hahaha...



Ank2 sedara ku yg suka interframe...aku nk gmbr ngan hubby pun diaorg nk tumpang sekaki...tak bg peluang pun kat acik diaorg ni nk gmbo...


Gmbr ni aku pnt dok tahan gelak...sapa2 knl aku tau lah aku ni bukan boleh gmbr aksi2 cmni..tp sib baik aku berjaya gak.hahhaha...



Ni senyuman lega namanya...senyuman lepas dh sah jd isteri org.hahaha...tp ms ni aku sempat dok pk btl ke aku ni jd isteri org?mcm tak cy jer..tp memang btl pun.hahahha...

saat muka di touch up oleh kak kay
kak kay ni memang sporting tau...aku nk promote kat saper mbr2 yg nk kawin tak rugi kalau korg amik kak kay ni nk make up korg...dia akan ada ngan korg dr mula sampai akhir majlis n akan pasti kn korg sentiasa nmpk cntik kat majlis tu...tgn dia memang magic aku rase coz ramai mbr2 aku guna khidmad dia masa kawin...

19 & 20 Jun 2010

19/06/2010

Hari ni hari penting dlm idup aku sbb hari ni secara rasminya aku akn berstatus isteri kepada Fazrul Nadzri...sume org ty aku pe perasaan aku time ni..aku kata ntah tak rase paper pun..hahaha...dan ramai la org usik2 aku gak...tp aku cm bese lah..buat bodoh sudah...hari ramai lah org kat umah aku tp aku tak sempat pun nk jenguk pe yg jadi kat luar sbb aku duk kat bilik jer...nama pun raja sehari so tak leh lah nk interframe sgt kn?....
Kul 530 pm kak kay (make up artist) sampai kat umah aku...dia nk start touchup aku nya muka la...aku pun duk jela tadah muka aku,...aku ni dah jarang bebenor make up kan so ble dia letak pape kat muka aku tgn aku pun sibuk gak...sian kak kay...hahahah...lama aku di touch up masa tu...dlm 2 jam lebih...tp kak kay memang best...make up dia buat aku jd cntik sgt...hahahha...thank kak..
Majlis nikah pas maghrib tp aku lewat coz ic aku ilang...sampai sudah tak jupe...tertekan tul aku time tu sib baik ada mbr aku Diana yg tolong tenang kn aku...huhuhu,...thanks beb...ko la penyelamat aku...huhuu...Alhamdulillah...lagi beberapa minit nk msk waktu isyak aku sah jd hak milik FAZRUL NAZRI and officially jd PUAN LISA...bermula lah kehidupan baru untuk aku...dah tak leh nakal2 lagi...

Monday, July 19, 2010

finally...

emm...finally berjaya gak aku mengcreate kn blog untuk dr sendiri..bukan per sj2 suka2...g pun ni maybe salah satu cr nk ilang kn tekanan kat pale aku ni...hihihi...takpe t aku story lagi lah...skang ni ofis hour...tak bleh nk tulis panjang2 sgt...t kantoi lak..