Powered by Blogger.

Tuesday, February 18, 2014

Dulu lain sekarang lain...

Sangat lama tak update blog ni. 2014 pun dah masuk February dan dah tak lama lagi nak masuk March pulak. Terasa cepat betul masa berlalu..Pejam celik pejam celik dah bulan February..



Lately banyak terbaca kat blog2, laman sosial keluhan cikgu2 tentang murid dan pelajar zaman sekarang. Memang nampak beza nya zaman aku dulu dengan zaman sekarang. Dulu2 mak bapak takde la sampai nak serang cikgu kalau anak kena rotan ke marah ke. Cikgu itu tugasnya mendidik. Tapi ibu bapa mesti lagi kenal anak sendiri kan? Cikgu jugak perlu tau had dan cara nak hukum anak didik dia.



Aku ingat lagi masa darjah 4..kena pukul dengan pembaris panjang kaler kuning. Bukan aku sorang rasanya. Satu kelas kot kalau tak silap. Elok jer sampai time aku pembaris tu patah...hahhaha..tapi sikit pun tak berani nak bagitau or ngadu ngan mak ayah. Takut nanti kena lagi sekali. Setakat kena rotan kat tangan , tarik telinga , berdiri atas kerusi tu memang dah biasa kot kat sekolah. Tapi Alhamdulillah..berkat didikan cikgu2 aku berjaya..Kawan2 aku pun berjaya.



Budak2 sekarang dah lain. Terlebih manja or terlalu di beri muka oleh mak ayah agaknya. Bukan nak salah kan mak bapak tapi kalau ikut kan laporan yang aku baca mak bapak buat laporan polis sebab anak kena rotan oleh cikgu. Alasan cikgu rotan sebab tak siap kerja sekolah.. Masuk paper muka depan lagi tu...Glamer ko dik..tapi tak rasa cam perbodoh kan diri sendiri ker? Ish tak paham...tak paham...



Rasanya kemanjaan pelajar ni bukan setakat kat bangku sekolah jer.Kat IPT pun sama. Semua nak senang. Tak sesusah zaman aku dulu2. Nak struggle gila2 punya. Nota pun bukan 100%  disediakan. Kena fikir cara nak selesai kan masalah bagai. So usaha lebih hasilnya pun akan lebih. Sekarang kalau lecture tak bagi nota or details mula lah student complaint lecture tak pandai ajar la ,tak best lah..dah itu dijadikan alasan nak poteng kuliah.



Golongan macam ni kalau dah bekerja akan ada lah masalahnya. Yes the fact is aku dah rasa bila amik golongan macam ni untuk jadi assistant. Semua harap kan kita ajar semua benda walhal benda tu sepatutnya boleh fikir sendiri. Aku dah bagi peluang untuk bagi idea tapi at last nothing. Apa yang disuruh buat itu jela yang dibuat. Bila ditegur mula la tarik muka. Tak nak bertegur sapa. Hello dik...untung lah aku ni nak tegur, nak ajar bagai..tu pun ko tak reti nak hargai..tak berterima kasih langsung. Tapi takpe aku takde nak simpan dalam hati cuma berharap adik ni akan terbuka mata nya nanti untuk tengok reality dunia kerjaya ni.



Oooo yea..adik2 yang pergi interview pun jangan lah propa sangat masa interview. Cakap saya pandai wat itu boleh wat ini. Sampai kami yang dengar ni rasa WOW sangat. Bila dah di terima bekerja lain pulak ye..hati2 ye dik..pilih kerja ikut kemampuan bukan ikut dan or ikut suka hati...Set target apa yang kamu nak dalam kerjaya ni..nak selamanya jd orang bawahan or nak merasa ada org bawahan...pilihan di tangan anda..



So rasanya aku dah jadi mak nenek duk membebel..yang pasti lari pada tajuk ok...hahahhah..