Powered by Blogger.

Wednesday, February 27, 2013

Si kecil selsema?


Assalamualaikum...

Farah diserang selsema masa kami balik ke kampung. Mungkin sebab tidur dalam aircord or sebab travel malam.Kesian sangat. Tidur pun tak lena. So macam biasa kami bawak pergi klinik. Bagi ubat pun masih belum baik. Masih berhinggus dan nafas berbunyi.

Rupanya my mom punya cara sangat la mudah. Hanya gunakan minyak kelapa pastu sapu kat ubun dan hidung.
Alhamdulillah..selsema farah beransur baik dan hari ni dah makin hilang...

Moral of the story  do not under estimate our traditional way..hihihi



Monday, February 18, 2013

Kulat Susu

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin ....

Dalam nak tunggu mood untuk buat kerja ni nak jugak la update sikit blog ni, Konon masa weekend hari tu  nak la update blog tapi oleh kerana dok melayan si bam bam tu terus lupa...hahahha..maklum lah mama ni bukan la super mom but kelam kabut mama...hahahaha

For info farah bukan la seperti anak2 kawan mama yang bertuah dapat susu ibu sepenuhnya. Farah sejak dari dalam pantang dah bagi susu formula sebab mama takde susu sangat. Kene jugak support ngan susu formula..kalo tak nanti Farah nangis sebab lapar...sian anak mama..huhuhu..tapi yang penting mama will do my best for you..love you baby.

Mungkin sebab bagi susu formula farah dapat kulat susu. Kulat susu ni adalah something yang melekat kat lidah dan dalam mulut baby. Ada jugak yang kat pipi or mana2 area yang terkena susu. Kalau tak dirawat akan sebab kan baby rasa sakit tiap kali menyusu. Sian nanti baby tak nak susu dah akan akibat kan berat badan susut.

Masa farah dulu, first yang papa and mama buat adalah pergi klinik and doctor bagi ubat sapu. Try sapu kat lidah dan lelangit tp tak jugak kurang. Mama dah risau takut jadi tambah serius. Then mama pun google la. Ada yang cakap guna air kencing baby..eeee yark,,kalau difikirkan air kencing tu kan kotor? Tapi mama tanya org tua2 dan dapat pertua yang sama juga. Mama have no choice..buat jugak la...

Alhamdulillah ..sikit demi sikit kulat susu itu hilang..papa dan mama pun lega..hahhahaha..ada jugak mak bagi pertua kalau baby tu ada kulat susu kat pipi. Mostly kalau breast feed. Gunakan susu badan je untuk hilang kan kulat susu tu. Kalau kulat susu tu belah kanan pipi guna kan susu dari breast belah kiri dan begitulah sebaliknya. Insyaallah kalau diamalkan kulat susu tu hilang.

Petua atau ubat hanya la ikhtiar kita. As a parent of couse we want the best for our children..tapi Allah la yang menentukan segalanya.

Thursday, February 14, 2013

Petua untuk bayi kembung

Assalamualaikum...

Sempena Chinese New Year aku bawa farah balik kampung aku kat lipis. Malam kedua kat kg farah meragam. Nangis tak berhenti. Hati ni dah risau tambah pulak papa farah tak ikut kami balik. Kalau ada papa farah sekurangnya lega la sikit kan? Nasib baik ada mak dan kakak..

Biasanya farah akan nangis atau mengamuk bila dia nak tidur je..tapi malam tu lain macam pulak. Dah macam2 cara pujuk. Bagi susu pun tak nak. Then periksa perut dia..emm..patutlah..farah kembung..then this time perlukan petua mak2 kita zaman dulu kala kan...hahahhah...maybe zaman sekarang dah tak amalkan lagi..

1. Sapu minyak 
Cara ni agak biasa la kan..sapu minyak kat perut baby. Aku guna minyak telon jer..sapu kat   perut,belakang dan tapak kaki.

2. Guna kan tali pusat 
 Kan lepas 4 atau 5 hari lepas baby lahir pusat dia akan gugur kan. Jangan buang, letak pusat tu  dalam kain putih campur sekali dengan lada hitam. Bungkus macam sup bunjut tu. Amalkan tuam  kat baby lepas mandi. Cara sama ada guna lilin atau pun lagi mudah kalau kat rumah ada  cerek.,panaskan cerek dan panas kan bunjut tadi kat cerek then tuam atas baby. Tuam kat bahagianpusat,belakang dan tapak kaki.

3. Gunakan pasir
Cara yang ni aku pun baru  belajar. Mudah jer,ambik la segengam pasir pastu goreng atas kuali sebab nak kasi dia panas. Kalau nak lagi bagus tambah lada hitam. Then letak dalam kain buat macam bungkus sup bunjut dan tuam kat baby.


Setiap apa yang kita buat tu mulakan la dengan selawat ke atas nabi dan doa2 ringkat. Semua ni kita hanya tawakal. Yang sembuhkan adalah kuasa Yang Maha Esa.