Powered by Blogger.

Wednesday, September 7, 2011

Farish pergi tinggal kan ibu....

hari tu tak tau la nape aku dan hubby pnt sgt...pagi tu ptt hubby aku nk keje tp tak jd gak...selalu awl pg kami dh ke ppum tp hari tu kul 10 am masih kat umah...bila dpt call dari hospital kteorg relaks jer lagi walaupun sebenarnya doktor yang nk jumpa.

kul 11 kami sampai kat ppum. bila sampai kat picu kami terkejut sbb terlalu ramai yang berkumpul kat farish. hati mula tak sedapp...pe dah jd kat anak aku? nurse suruh kami tggu kat luar sbb doktor ngah rawat farish. so kami tggu kat luar...

" ayg...kalau pape jd kat farish..kita redho k...abg tak nk dia tersiksa.."

hati aku tambah tak sedap bila hubby aku ckp cmtu. dalam hati ni ada rs terkilan sket sbb nape hubby aku putus asa sedangkan tak tau farish tu cmne lagi. tapi aku pikir balik..ada btlnya kate hubby aku tu...kne redho tp mampukah aku? mampu ke aku nk tgk ank aku pergi? ank yg aku kandung..yg aku lahir tu pg dulu dari aku?...

then tak lama pastu,nurse panggil kata doktor nak jumpa. aku dan hubby masuk kat satu bilik cm discussion room. nurse ttp pintu dan aku tgk muka doktor tu lain macam jer...then baru dia bgtau keadaan farish...farish dh critikal tp diaorg still cuba support dengan 4 jenis ubat yang kuat. diaorg akan pantau sama ada farish bg respon kat ubat tu atau pun tidak...ubat tu actually nk support jantung farish yang dah makin lemak. the worst part ble doktor bgtau buah pinggang farish pun dh stop berfungsi,farish dah tak kencing since subuh td..the paru2 ada jangkitan...cuma doktorr harap kami bersabar atas segala kemungkinan yg akan berlaku.

aku hilang arah...aku tak mampu buat pape lagi dh...hanya air mata yg berbicara...hubby n nurse serta doktor cuba tenangkan aku. tp air mata ni tak kan berhentti mengalir...mulut aku pun seakan kelu tuk berbicara...doktor suruh kami tgk farish..

aku panggil farish..dia bkk mata dan tgk aku dan hubby...sedih aku tgk dia...bdn dia dh lemak..muka dh pucat...tak sanggup aku nk tgk tp dia ank aku...aku nk tgk dia sebelum dia pergi tinggal kan aku.

bila doktor dh bgtau farish critikal aku bgtau bos aku keadaan sebenar dan hubby aku bgtau officemate dia. walaupun berat nk jumpa sesape tp aku relakan org dtg tgk farish buat kali terakhir...dan mereka sume byk bg kata semangat kat aku dan hubby..tapi berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.

family sume dh dibgtau..tok dan opah farish pun akan dtg. dan bile doktor pakar dtg ke picu kami sekali lagi dipanggil. aku masa tu seperti dh bersedia nk terima apa juga kenyataan. doktor ong bgtau diaorg dh usaha untuk selamatkn farish tp farish tak bg pape tindak balas pada ubat yg diaorg masukkan, keadaannya sgt kritikal dan jantung nya bleh berhenti ble2 masa jer..oh tuhan...aku sangka aku kuat untuk terima berita itu tp aku gagal jugak,....

tok,opah n paklong farish sampai kat ppum.waktu tu aku dah tak mampu nk ckp per lagi cuma bgtau pe yg doktor bgtau td. pe lagi yg mampu kami buat? hanya mampu berdoa. aku teringat kata2 aku pada kak dee ms dia dtg jenguk farish td...aku kate aku doa kalau Allah syg kan dia..aku redho. bukan aku tak syg farish tp aku tak nk dia sakit. ank sekecil dia dh di duga dengan mcm2 penyakit...biar pun hati sedih tp aku rs itu yg terbaik.

tepat kul 10.55 pm...nurse kelam kabut panggil kami masuk. aku tgk kat katil farish ramai nurse n doktor. aku disuruh pegang kaki farish. jantung farish dah berhenti,,aku sebak..tgk saat akhir dia,,tambah sayu ble dia sempat renung aku dn hubby..dan doktor bkk sume wayar2 yg ada kat badan farish...ms tu aku hanya dapat renung jasad kaku farish. aku peluk jasad kaku farish untuk kali terahir...akhirnya farish tinggal kan kami..dia hanya tinggal kan kenangan untuk kami kenang dia sebagai ank,abglong dan hero kami...

walau pape pun farish tetap dekat di hati ibu dan ayah biar pun kita terpisah jauh sayang...al- fatihah buat ankku farish...

Beratnya dugaan mu Ya Allah

Bila doktor bgtau kemungkinan farish ada masalah jantung dan tulang belakang btl2 buat aku terkedu. Aku tak tau nk cakap dan gambarkan persaan aku time tu. cuma doktor bagitau kene bwk hkl baru dpt tau tahap mana sama ada serius atau tak...saat tu hubby aku cakap sabar dan doa byk2...semoga baby tak pape.

esoknya,hubby aku pg2 lagi dah ke serdang..tgk farish. aku tak ikut sbb aku tak larat..even aku sedih sbb tak dpt tgk dia time tu..aku kene pikir diri aku jugak...maklumlah hari tu first day pantang...bila sampai serdang hubby aku call suruh siap sbb farish akan transfer ke pusat perubatan universiti malaya ( ppum) sbb hkl takde kekosongan...aku dlm keaadaan tak larat gagah kan diri jugak...demi farish..

kami sampai lwt 20 min ke serdang,bila sampai kat nicu farish dh ready. bila aku panggil nama dia,dia bukak mata dan renung aku...jelas nmpk airmata dia mengalir...btl2 buat aku sedih sgt2..maybe dia ingat takde org nk teman kan dia..so dia sedih. sepanjang jalan nicu ke ambulans farish nangis...aku juga...sampai ada yg berselisih dengan kitaorg ckp...' sian baby tu nangis" oh tuhan betapa sayu hati aku masa tu...

aku naik ambulans dengan farish dan suami aku escot naik kereta. dari serdang ke ppum tu hati aku sedih sgt...airmata ni asyik mengalir jer...hati ibu mana yang tak sedih bila tgk anak yang baru berusia berape hari dahn terpaksa naik ambulans...tapi apa nak buat? demi untuk farish sihat terpaksa aku tabahkn hati walaupun berat.

sampai kat ppum, farih terus di masukkan ke wad picu..ada la bpe parents kat sana yg mungkin anknya senasib dengan farish. doktor fauzi yang incharge untuk kes farish dan dia terangkan keadaan sebenar farish. walaupun doktor tak bgtau secara direct tp aku tau kes farish ni berat. dan aku menangis lagi...

sekali lagi farish terpaksa berpisah jauh dari kami. aku dalam pantang dan tak digalakkan untuk stay kat wad. so kami decide kami ulang alik ke ppum...kat ppum aku boleh sentuh farish dengan syarat cuci tgn dengan sabun yg disediakan...tiap kali aku sentuh dia aku selawat..zikir dengan harapan dpt kuat kn semangat dia..tp sentuhan aku agak terbatas sbb farish duk dlm umah kaca...

hari kedua kat ppum doktor sah kan jantung farish memang ada masalah. ada lubang dan saluran hanya ada 1..so kne tggu doktor dari ijn untuk bg explaination pasal jantung tu. tulang belakang farish pun bengkok...tapi doktor bagi jaminan masalah tu bukan satu masalah besar.

hari ke3 farish kat ppum operation pertama untuk dia. operation ni untuk buat saluran sementara tuk farish buang air besar sebelum operation ke2 untuk buat lubang kat dubur dia...masa ni hubby jer yang stay kat ppum. operation start kul 9 till kul 4 pm...alhamdulillah berjaya cuma farish tak sedar sbb ubat bius yang kuat..

farish mula menyusu bila umur dia 5 hari means a day after the operation. aku kene pam susu then anta kat ppum. aku agak tertekan sbb susu tak byk...of couse sbb farish tak nyusu direct ngan aku...aku lupakan soal pantang,pe sj petua org ckp baik tuk tambah susu..aku buat..demi untuk farish..alhamdlillah susu aku bertambah...dpt lah farish nyusu..bia cpt sht ...

sejak lps operation tu, farish tak buka mata...aku rindu nk tgk mata dia...rindu dgn renungan dia...tiap kali aku jumpa dia aku akn bisikan kata2 semangat...

" farish...ibu ngan ayah dtg ni...farish bukak la mata. ibu nk tgk mata farish ni...farish kne kuat lwn sakit farish. nnt farish dah sihat leh balik umah kita...bleh raya sama..."

suami aku pun sama tiap kali jenguk farish mesti ckp pasal impian dia nk bwk farish tgk bola...

" ank ayh ni kuat...nnt farish sht leh ikut ayah tgk bola...farish kuar jer nnt ayh belikan bola tuk farish ye..."

tok ngan opah farish pun ada...sume panggil2 farish. dia bagi respon cm kaki dia gerak2,tgn dia terangkat cuma mate jer tak bukak. paling aku suka bila dia mengeliat...comel sgt...

finally,lepas 3 hari operation impian aku tercapai. Farish bkk mata ble aku panggil dia...trs airmata aku mengalir...aku tau dia nmpk aku nangis tapi aku nangis sbb aku happy sgt...trus hubby aku panggil tok ngan opah farish...semua dpt tgk dia bkk mata..alhamdulillah...aku bersyukur sgt...dan harapan aku tuk trus tengok dia sht makin bertambah..

aku akan lawat farish 2 kali sehari..pagi dn malam...selama itu jugak lah aku berdoa dan terus berharap farish tak akn tinggal kan aku..aku syg ank aku...syg sgt...

Takdir Penentu Segala

Kegembiraan aku dan suami menyambut kelahiran farish tiba-tiba diragut pergi. Perkhabaran yang di sampai kan oleh doctor menngenai keadaan farish betul2 membuat aku hilang arah. Aku tak tahu sama ada semua itu benar atau aku mimpi. Tapi semuanya adalah takdir yang amat berat untuk aku terima. Berat sungguh dugaan untuk aku dan suami.
Menurut doctor farish terpaksa di masuk kan ke NICU kerana farish dilahirkan tanpa lubang dubur. Aku tak tau apa harus aku buat. Aku hanya menangis dan terus menangis. Suami aku hanya mampu suruh aku bersabar. Suami aku mengiringi farish ke NICU dan aku di transfer ke wad tanpa farish disisi. Owh betapa aku sedih nya masa tu...tambah lagi bila dengar tangisan bayi lain. Aku tertekan...sgt2 tertekan. Semalam aku tak dpt tidur dan hanya menangis.
Kadang2 terpikir...apa dosa aku sampai Allah duga aku mcm ni sekali. ...air mata ni tak leh stop kuar pun..tiap kali teringat mesti aku nangis. Dan aku terpikir mcmana nk bgtau mak aku? Dpt ke dia terima kenyataan cucu dari ank perempuan dia lahir tak normal? Seriously aku blur...aku tak tau nk buat per...
Pagi esoknya pukul 730 am,hubby aku dtg wad and bwk aku turun ke NICU. Aku nk tgk farish. Betapa hancur luluhnya hati aku bila aku tgk wayar2 berselirat kat bdn dia....tapi aku cuba kuatkan semangat...aku bercakap2 ngan farish...
“ Farish ...ibu dtg tgk farish ni. Farish bukak la mata...ibu tau farish dgr suara ibu kan? Farish kene kuat tau...farish mesti bleh sht...ibu ngan ayh doa kan farish cepat sht dan bleh balik umah kita...”
Walaupun farish tak bg respond pape tp aku tau dia dgr...Cuma aku tak dibenarkan sentuh dia. Bimbang kuman or bacteria yg ada kat aku ni terkena kat farish. Airmata aku tak dpt nk tahan2 ....aku tau aku belum cukup kuat nk terima sume ni. Aku masih dan terus berharap agar Allah bg kekuatan tuk aku dan suami untuk hadapi sume ni.
Kerana aku belum cukup kuat lagi aku sampai tak nk jwb call,msg,bbm or fb...tak sanggup aku nk cite pasal farish. Aku dlm proses nk mencari kekuatan diri so aku tak nk sbb kn bercerita pasal farish aku tambah lemah...sampai kan kak dee yg bgtau aku dia dh otw ke serdang pun aku ckp aku tak ready nk jumpa sape2....seriusly aku rs bersalah tp aku terpaksa. Org yg bleh aku jumpa hanya lah family aku jer.
Farish akan di transfer ke HKL untuk tindakan lanjut...dan menurut doctor if there is no other complication farish akan di operate on the spot...so aku agak lega bile doctor bgtau camtu...at least ada sinar harapan untuk aku lihat farish sihat...sebenarnya tak semua tau pasal keadaan farish yg sebenar. Yang tau pun family, kak dee and boss aku and hubby.
Bukan aku tak kasi org dtg lawat aku tp aku piker tak de guna pun....bukan dpt tgk farish pun sbb hanya parents yang dibenarkan masuk kat nicu tu...so no point org dtg just dpt tgk aku kn? Sah2 org dtg nk tgk both aku n farish...g pun aku tak nk org dtg then ble dgr citer farish then trus sedih n nangis2...aku lagi sedih and akan nangis...so mcm mana aku nk kuat?
Aku discharge on 30 july ...tp before balik aku jenguk farish dulu. Sebak hati ble kenangkan farish terpaksa tinggal kat nicu tu...
“farish...ibu balik dulu tau...esok ibu dtg tgk farish ye...bukan ibu sengaja nk tinggal farish tp farish tak sht...ibu syg farish tau...farish kene kuat supaya cepat sht pastu leh balik umah ngan ibu dah ayah ye...”
Dalam kesayuan hat ink tinggal kan farish..doktor pulak nk jumpe the hati aku terdedik...ada masalah lg ker? Betul mcm org ckp....hati ibu slalunya betul...farish ada komplikasi lain yang agak serius . ya ALLAH....anak aku...

kelahiran yang di nanti

Anak adalah anugerah yang paling indah yang Allah kurniakan. Anak juga lah anugerah yang sentiasa dinanti oleh setiap pasangan suami isteri. Macam juga aku dan suami. Tiap masa berdoa agar dikurniakan zuriat. Alhamdulillah,apa yang kami hajati dimakburkan...

29 July 2011 (Jumaat), menjadi detik bersejarah buat aku dan suami aku. 6 am aku terjaga dari tidur dan terasa macam nak buang air kecil,aku bangun tapi belum sempat sampai ke bilik air aku dah terkencing. Bila sampai kat bilik air aku rasa macam pelik je...air yang keluar tu terlalu banyak. Aku buat macam biasa dan baring semula. Tak sampai 5 minit ,air keluar lagi dan aku dalam keadaan panik kejut kan suami aku. Suami aku dalam keadaan panik dan terkejut terus buka lampu. Masing-masing tak tau nk buat apa. Al-maklum lah first time. Seingat aku,air yang keluar tu terlalu banyak hingga basah 2 helai kain batik.
Dalam keadaan mamai tu,suami aku terus telefon mak mertua aku. Mak mertua aku cakap itu tanda nak bersalin dan air yang keluar tu adalah air ketuban. Aku tau pasal air ketuban tu tp aku tak terfikir sebab ikut kan due date 17 August 2011. Suami aku suruh siap untuk ke hospital. Nasib baik beg semua dah siap. Masa nak keluar rumah tu hujan pulak sangat lebat. Nasib baik jarak dari rumah ke hospital tak jauh Cuma 30 minit jer.
Sampai kat Hospital Serdang,nurse suruh aku baring sementara nak tunggu doctor datang. Aku takde rase sakit sangat Cuma rasa lenguh2 kat pinggang jer. Bila doctor dah check baru bukak 2CM, so doctor suruh makan dulu sebab takut takde tenaga masa nak bersalin nanti. Ak u pun lepak ngan suamiku kat lobby sambil tengok tv dan makan2. Lama jugak aku lepak kat luar sampai kul 12 tengah hari baru aku masuk dan lepak kat wad. Itu pun sebab suami aku nak pergi sembahyang jumaat.
Dalam kul 3 pm camtu aku dah mula rasa sakit2 tp boleh tahan lagi.So aku pun buat tak tau jer. Bila suami aku sampai dalam pukul 4.30 pm sakit bertambah kuat. Suami aku panggil doctor bagitau aku sakit. Bila doctor datang dan check dah buka 5 cm. Terus aki kene transfer ke dewan bersalin.
Masa kat dalam dewan bersalin tu sakitnya kejap datang,kejap hilang. Mulut aku ni dah baca macam2 ayat dah aku baca. Tiap kali nurse masuk aku akan Tanya lama lagi ke. Nurse akan jawab sabar. Suami aku di panggil masuk ke bilik bersalin. Bila suami aku tengok aku yang sedang tahan sakit macam2 cara dia buat kat aku semata-mata nak buat aku lupa rasa sakit aku.
Rasanya berjuta kali kot dia ucapkan “ abg sayang ayg tau”...tapi betul la kata orang,sakit nak bersalin ni takde bandingan dengan sakit2 lain. Masa sakit tu sempat gak aku cakap kat suami aku “ abg dah tengok macamana ayg sakit nak lahir kan anak kita,jadi ayg harap abg akan fikir dua kali untuk curang ngan ayg”....jahat tak ayat aku....hahahhahaha...tapi aku nak suami aku tahu bertapa sakit dan susahnya nak bersalin ni.
Bila aku rasa sakit yang teramat sangat aku siap tanya kat doctor ada cara lain tak nak bersalin tapi dia hanya cakap sabar...aku pun terus menahan sakit sambil di temani suami aku. Bila sakit datang lagi aku dah tak tahan dan suruh suami aku panggil nurse. Nurse datang dan check tapi belum Nampak tanda2 baby nak keluar. Akhirnya doctor arahkan nurse bagi suntikan tahan sakit. Sekali kene cucuk tang bontot...hahahhahah...tp ubat tu buat aku mamai dan macam nak tidur. Sakit pun tak terasa sgt.
Tepat kul 10.55 aku mula rasa sakit ( seolah nk buang air besar ). Suami aku panggil nurse dan nurse bagitau masa dah tiba. Aku teran bila rasa sakit seperti yang nurse tu cakap. Suami aku tetap setia teman aku. Alhamdulillah , kali ketiga aku teran baby aku keluar. Dan aku menangis...nangis sebab aku happy dan syukur sgt. Suami aku tak putus2 mengucap syukur. Anugerah Allah untuk kami adalah bayi lelaki. Dia sangat comel...dan anak itu kami namakan MUHAMMAD FARISH HAKIMI BIN MOHD FAZRUL.
Kelahiran nya ke bumi ini member sinar harapan dan bahagia untuk aku dan suami. Tak terasa sakit dan hilang segala lelah bila mana aku melihat dan mendegar tangisan farish. Aku berjanji untuk memberinya kasih sayang,didikan yang sempurna. Tapi semua itu bagaikan hilang tiba2 bila aku dikhabar kan keadaan farish. Terasa semua kesakitan yang hilang itu datang kembali. Dunia aku gelap tiba2..dan semuanya hanya di jawab dengan linangan air mata. Kesedihan yang amat sukar nak digambarkan...Ya Allah...betapa beratnya dugaan yang Kau berikan. Mampukah aku untuk terima dan lalui semua ni?.....................................