Powered by Blogger.

Monday, March 11, 2013

My little princess : Farah Nur Adzriana



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Farah dah 5 bulan. Betapa cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru aja aku bersalin..hihihi..Farah dah makin membesar dan dah pandai meniarap. Farah jugak dah pandai menangis bila mama dan papa pergi kerja. Papa selalu manja kan farah. Dah nampak Farah lagi rapat dengan papanya.Buktinya?

Tiap kali papa lambat balik dari futsal malam hari farah akan setia menunggu. Walau pun matanya dah layu tapi dia sanggup tunggu papa baru dia akan tidur. Mungkin dia nak manja dengan papa sebab mama dah buat semua. Dari mandi kan,pakaikan pampers,bagi susu,dan tidur kan farah..so bila malam farah nak merasa manja dengan papa pulak..

Bila tengok farah kami sendiri rasa yang farah ada ikut papa dan mama...of course la kan sebab farah datang dari benih cinta kami..hahahahhaa..(sila muntah bila baca ayat aku ni)..Kenapa aku kata begitu? Farah ni sangat suka dengan budak-budak. Bila nampak budak-budak dia akan gelak dengan kuatnya. Kalau pulak budak-budak tu agah dia. Lagi dia suka. Itu ikut perangai aku. Hahahhaha. Kalau dari segi rupa pulak memang copy muka papa dia. Kata mak mertua aku, masa kecik papa dia sebijik macam farah sekarang..hahahhaha..

Dari segi kesihatan pula, Alhamdulillah..Tiada yang perlu dibimbangkan. Hari tu dah bawak farah jumpa Pakar kanak-kanak kat klang sebab takut ada masalah dengan jantung dia. Lagipun doktor refer sebab Arwah abglong farish dia ada masalah jantung. Resultnya Alhamdulillah...semuanya baik2 sahaja.

Sekarang farah masih lagi dijaga oleh tok nya..( my lovely mom ). Alasan untuk tak nak hantar kat taska atau orang jaga sebab hati mama dan papa belum sedia. Mungkin disebabkan takut jadi papa kat farah. Insyaallah..tahun depan kami akan hantar jugak farah ke taska. Masa tu dia dah besar sikit. Dah setahun.

Alhamdulillah..kami sangat bersyukur dengan kurnian Allah ni. Ini amanah yang tak ternilai yang akan kami jaga,pelihara dan didik menjadi insan yang berguna. Tak sabar nak tunggu farah membesar. Semoga Allah memberikan kami kesihatan dan kesempatan untuk melihat farah membesar. Dan kumohon agar farah akan membesar dengan sihat. Insyaallah..bila farah dah besar kami akan bawa dia ziarah arwah abang long Farish.

 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.