Powered by Blogger.

Monday, March 18, 2013

Bila saya menjadi Mama

Assalamualaikum...

Nak bercerita tentang hakikat kehidupan yang aku lalui bila bergelar mama ni. Terlalu banyak yang berubah..hahahha..okay layan kan ajalah sebahagian darinya yek..

1. Masa
Yes, kalau dulu masa aku terlalu banyak dihabiskan dengan aktiviti menemani suami ke futsal,stadium and jalan-jalan. Tapi sekarang semua tu terpaksa la dilupakan untuk seketika ya. Kenapa seketika? sebab bila farah dah besar nanti akan kami bawa jugak dia ke stadium atau tengok bola. Lagi satu benda yang berkaitan dengan masa ni adalah masa untuk tidur. Adalah biasa bila beranak kecil ni akan ada masalah dengan masa. Bermakna masa tidur anak adalah berlainan dengan masa tidur ibu. Hahahah..aku jugak tidak perlukan jam loceng untuk bangun subuh sebab farah akan bangun seawal jam 630 am.

2. Shopping
Aku ni bukan la kaki shopping pun. Cuma kadang-kadang je aku pergi beli barang-barang aku. Tu pun kadang-kadang tak beli tapi en suami yang membeli. Hiihihi..tapi bila dah ada anak ni mood shopping tu macam tetiba datang la pulak. Tiap kali keluar jalan-jalan aku akan pastikan aku beli untuk Farah. Tak kisah lah baju ke,mainan ke atau pun botol susu. Agaknya memang dah jadi habit kot kalau orang yang ada anak ni?shopping barang anak lebih dari barang sendiri.

3. Tanggung Jawab
Bila dah ada anak ni secara automatik akan rasa lebih tanggungjawab. Sangat risau bila duit takda, susu anak habis dan apa-apa sahaja yang ada kaitan ngan soal anak. Dulu bila dapat gaji mula lah planning nak kesana kemari tapi sekarang lebih bijak dalam pengurusan kewangan .. hahhaha..so duit banyak spent untuk anak. Setakat ni kami dah belikan dia insurance untuk masa depan dia nanti.

4. Taat Ibu Bapa
Even my mom stay with us to take care of my baby but sometime still ada rasa kesian kat mak. Kalau masa kecik mak jaga aku sekarang pun mak kena jaga cucu. Bukan nak ambik kesempatan or nak jadikan mak orang gaji tetapi sebab beberapa reason. Firstly , because i have no confident to sent my baby to Taska. Maybe because i have an experience before. 2ndly..sebab tak nak mak duduk kampung sesorang.Kalau duduk dengan aku sekurangnya aku tahu sakit demam dia. Lagi pula semua adik beradik ada kat sini. Bila dia duduk sekali ngan aku, sesekali ada jugak mak nasihat kat aku pasal family. Taat pada ibu sementara mak masih ada. Hati terdetik bila tengok farah dan selalu bisik kat dia sebelum dia tidur. '' Bila besar nanti taat pada ibu bapa,jangan sombong dan ikut cakap mama dan papa ''. Semoga farah mendengar.

5. Sengketa
Mungkin ada hikmah bila Farah lahir. Hati aku jadi sangat lembut. Dah jarang marah-marah, lupakan emosi yang ntah pape..dan yang paling besar dalam hidup aku. Aku telah dengan senang hati untuk lupakans sengketa lama. Yang aku rasa sejak umur aku 14 tahun. Alhamdulillah hubungan yang dulu keroh kini dah kembali jerneh. Mungkin ni la yang dikatakan hikmah disebalik kejadian. Alhamdulillah syukur sangat.

6. Farah is everything
Anak itu anugerah yang Allah bagi dan sesuatu yang tak ternilai. Bukan senang nak dapat anak. Dah ada perlulah jaga dengan sebaiknya. Sejak farah lahir aku sanggup korbankan jawatan aku.Yes actually aku dah capai target aku dlm kerjaya tapi semua tu aku lupakan sebab kekangan masa. Aku terpaksa korbankan semua tu sebab nak spent time ngan farah. Biarlah orang kata aku tolak rezeki tapi pada aku duit bukan segalanya. Kalau pun aku gaji beribu tapi aku takde masa tuk anak? suami?family? aku dah abaikan satu tanggungjawab aku kan? Pada aku family is the most important thing dalam hidup aku.

Emm..terlalu panjag pulak entry aku kali ni..hahahhaha...so skang moh la kite buat koje pulok yek...hahahah..





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.