Powered by Blogger.

Monday, February 18, 2013

Kulat Susu

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin ....

Dalam nak tunggu mood untuk buat kerja ni nak jugak la update sikit blog ni, Konon masa weekend hari tu  nak la update blog tapi oleh kerana dok melayan si bam bam tu terus lupa...hahahha..maklum lah mama ni bukan la super mom but kelam kabut mama...hahahaha

For info farah bukan la seperti anak2 kawan mama yang bertuah dapat susu ibu sepenuhnya. Farah sejak dari dalam pantang dah bagi susu formula sebab mama takde susu sangat. Kene jugak support ngan susu formula..kalo tak nanti Farah nangis sebab lapar...sian anak mama..huhuhu..tapi yang penting mama will do my best for you..love you baby.

Mungkin sebab bagi susu formula farah dapat kulat susu. Kulat susu ni adalah something yang melekat kat lidah dan dalam mulut baby. Ada jugak yang kat pipi or mana2 area yang terkena susu. Kalau tak dirawat akan sebab kan baby rasa sakit tiap kali menyusu. Sian nanti baby tak nak susu dah akan akibat kan berat badan susut.

Masa farah dulu, first yang papa and mama buat adalah pergi klinik and doctor bagi ubat sapu. Try sapu kat lidah dan lelangit tp tak jugak kurang. Mama dah risau takut jadi tambah serius. Then mama pun google la. Ada yang cakap guna air kencing baby..eeee yark,,kalau difikirkan air kencing tu kan kotor? Tapi mama tanya org tua2 dan dapat pertua yang sama juga. Mama have no choice..buat jugak la...

Alhamdulillah ..sikit demi sikit kulat susu itu hilang..papa dan mama pun lega..hahhahaha..ada jugak mak bagi pertua kalau baby tu ada kulat susu kat pipi. Mostly kalau breast feed. Gunakan susu badan je untuk hilang kan kulat susu tu. Kalau kulat susu tu belah kanan pipi guna kan susu dari breast belah kiri dan begitulah sebaliknya. Insyaallah kalau diamalkan kulat susu tu hilang.

Petua atau ubat hanya la ikhtiar kita. As a parent of couse we want the best for our children..tapi Allah la yang menentukan segalanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.