Powered by Blogger.

Monday, March 18, 2013

Bila saya menjadi Mama

Assalamualaikum...

Nak bercerita tentang hakikat kehidupan yang aku lalui bila bergelar mama ni. Terlalu banyak yang berubah..hahahha..okay layan kan ajalah sebahagian darinya yek..

1. Masa
Yes, kalau dulu masa aku terlalu banyak dihabiskan dengan aktiviti menemani suami ke futsal,stadium and jalan-jalan. Tapi sekarang semua tu terpaksa la dilupakan untuk seketika ya. Kenapa seketika? sebab bila farah dah besar nanti akan kami bawa jugak dia ke stadium atau tengok bola. Lagi satu benda yang berkaitan dengan masa ni adalah masa untuk tidur. Adalah biasa bila beranak kecil ni akan ada masalah dengan masa. Bermakna masa tidur anak adalah berlainan dengan masa tidur ibu. Hahahah..aku jugak tidak perlukan jam loceng untuk bangun subuh sebab farah akan bangun seawal jam 630 am.

2. Shopping
Aku ni bukan la kaki shopping pun. Cuma kadang-kadang je aku pergi beli barang-barang aku. Tu pun kadang-kadang tak beli tapi en suami yang membeli. Hiihihi..tapi bila dah ada anak ni mood shopping tu macam tetiba datang la pulak. Tiap kali keluar jalan-jalan aku akan pastikan aku beli untuk Farah. Tak kisah lah baju ke,mainan ke atau pun botol susu. Agaknya memang dah jadi habit kot kalau orang yang ada anak ni?shopping barang anak lebih dari barang sendiri.

3. Tanggung Jawab
Bila dah ada anak ni secara automatik akan rasa lebih tanggungjawab. Sangat risau bila duit takda, susu anak habis dan apa-apa sahaja yang ada kaitan ngan soal anak. Dulu bila dapat gaji mula lah planning nak kesana kemari tapi sekarang lebih bijak dalam pengurusan kewangan .. hahhaha..so duit banyak spent untuk anak. Setakat ni kami dah belikan dia insurance untuk masa depan dia nanti.

4. Taat Ibu Bapa
Even my mom stay with us to take care of my baby but sometime still ada rasa kesian kat mak. Kalau masa kecik mak jaga aku sekarang pun mak kena jaga cucu. Bukan nak ambik kesempatan or nak jadikan mak orang gaji tetapi sebab beberapa reason. Firstly , because i have no confident to sent my baby to Taska. Maybe because i have an experience before. 2ndly..sebab tak nak mak duduk kampung sesorang.Kalau duduk dengan aku sekurangnya aku tahu sakit demam dia. Lagi pula semua adik beradik ada kat sini. Bila dia duduk sekali ngan aku, sesekali ada jugak mak nasihat kat aku pasal family. Taat pada ibu sementara mak masih ada. Hati terdetik bila tengok farah dan selalu bisik kat dia sebelum dia tidur. '' Bila besar nanti taat pada ibu bapa,jangan sombong dan ikut cakap mama dan papa ''. Semoga farah mendengar.

5. Sengketa
Mungkin ada hikmah bila Farah lahir. Hati aku jadi sangat lembut. Dah jarang marah-marah, lupakan emosi yang ntah pape..dan yang paling besar dalam hidup aku. Aku telah dengan senang hati untuk lupakans sengketa lama. Yang aku rasa sejak umur aku 14 tahun. Alhamdulillah hubungan yang dulu keroh kini dah kembali jerneh. Mungkin ni la yang dikatakan hikmah disebalik kejadian. Alhamdulillah syukur sangat.

6. Farah is everything
Anak itu anugerah yang Allah bagi dan sesuatu yang tak ternilai. Bukan senang nak dapat anak. Dah ada perlulah jaga dengan sebaiknya. Sejak farah lahir aku sanggup korbankan jawatan aku.Yes actually aku dah capai target aku dlm kerjaya tapi semua tu aku lupakan sebab kekangan masa. Aku terpaksa korbankan semua tu sebab nak spent time ngan farah. Biarlah orang kata aku tolak rezeki tapi pada aku duit bukan segalanya. Kalau pun aku gaji beribu tapi aku takde masa tuk anak? suami?family? aku dah abaikan satu tanggungjawab aku kan? Pada aku family is the most important thing dalam hidup aku.

Emm..terlalu panjag pulak entry aku kali ni..hahahhaha...so skang moh la kite buat koje pulok yek...hahahah..





Saturday, March 16, 2013

Don't be sad

Assalamualaikum...

Terlalu banyak rakan-rakan FB yang share gambar pasal kanak-kanak yang kononnya dikasari oleh nurse di sebuah hospital kerajaan. Ya pada pandangan mata aku memang sangat teruk gambar tu dan kalau betul bayi itu diperlakukan macam tu bermakna nurse itu sangat kejam. Tetapi Alhamdulillah , itu semua adalah tidak benar dan hanya sebaran palsu oleh pihak tak bertanggung jawab. Ya Allah, siapa lah yang sanggup buat cerita macam tu? Aku pasti semua yang dapat berita tu sangat-sangat sakit hati dan sedih. Aku? Ya aku antara yang tak sanggup nak tengok..

Sebab apa aku sedih? Sebab aku rindu kan Farish. Anak yang aku kandung dan lahirkan pergi buat selamanya. Bukan aku tak terima takdir cuma tak faham kenapa ada yang sanggup sebarkan cerita paslsu macam tu? tak fikir persaan parents baby tu?

Aku juga ada rakan blog baru. Terima kasih ina haireina sebab sudi jengah blog yang tak seberapa ini. Bila baca blog dia mesti air mata ni mengalir. Teringat kan farish dan dalam masa yang sama sangat kagum dengan ketabahan ibu ini. Terfikir mungkin kalau aku kat tempat dia entah macam mana la agaknya. Tiap kali baca entry dia pasal si kecik yang comel tu akau selalu berdoa agar berikan kesihatan untuk nya. Berdoa semoga anak kecil ini dapat membesar sepertimana insan yang seusia dengannya. Tak sanggup rasanya bila tengok anak kecil ni keluar masuk hospital..Aku juga mengharapkan Allah memberikan kekuatan,kesabaran,ketabahan, kesihatan untuk ibu dan bapa anak ini. Allah tahu apa yang baik untuk hambanya. Terima kasih sekali lagi untuk blogger Dunia Ina Haireina yang sudi follow blog aku ni. 


Aku juga mendoakan agar baby twin sahabat aku ni sihat dan membesar dengan jayanya, To mummy..dont give up. Kekuatan ibu adalah semangat untuk anak2 itu. Aku sentiasa berdoa untuk anak twin tu sebab mama lisa tak sabar nak jumpa mereka. Ya Allah berikan laj kesihatan yang baik untuk anak-anak itu.Harap mummy akan update pasal twin kat blog dia. DIANA ABDUL MOLOK: LIFE 'N EVERYTHING 

To both mummy. .. dont be sad. Jangan sesekali give up. Allah menduga kita sebab Allah tahu kita mampu untuk laluinya. Sentiasa berdoa untuk anak-anak. Dan banyak kan sembang dengan mereka. Insyaallah..mereka memahami naluri ibu mereka.

Friday, March 15, 2013

My Friend Wedding

Assalamualaikum..

Belum terlambat lagi nak ucapkan tahniah buat sahabat aku yang melangsungkan perkahwinannya pada 09 Mac yang lepas. Majlis diadakan di dewan komplek Warga Emas, Seksyen 24 Shah Alam. Alhamdulillah, seorang lagi sahabat aku dah pun tukar status. Tahniah Puan Nadia and welcome to the club. Semoga menjadi isteri solehah dan dikurniakan zuriat yang comel-comel.

Apa yang paling seronok bila ada kawan-kawan kawin ni bila dapat peluang berjumpa dengan kawan-kawan lama. Maklum lah bila dah berkerja dan berkeluarga susah nak jumpa. Seronok sangat dapat jumpa mereka. Tapi tak sempat nak sembang sangat sebab farah dah ngantuk. Sempat jugak lah snap gambar dengan pengantin. Dan rembat kek pengantin..hahahahah...memang sempoi la..

Tak mau cite banyak-banyak..layan la gambar yang tak seberapa.


My happy family

SELAMAT PENGANTIN BARU NADIA
CUBA RASA KEK PENGANTIN..

Monday, March 11, 2013

My little princess : Farah Nur Adzriana



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Farah dah 5 bulan. Betapa cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru aja aku bersalin..hihihi..Farah dah makin membesar dan dah pandai meniarap. Farah jugak dah pandai menangis bila mama dan papa pergi kerja. Papa selalu manja kan farah. Dah nampak Farah lagi rapat dengan papanya.Buktinya?

Tiap kali papa lambat balik dari futsal malam hari farah akan setia menunggu. Walau pun matanya dah layu tapi dia sanggup tunggu papa baru dia akan tidur. Mungkin dia nak manja dengan papa sebab mama dah buat semua. Dari mandi kan,pakaikan pampers,bagi susu,dan tidur kan farah..so bila malam farah nak merasa manja dengan papa pulak..

Bila tengok farah kami sendiri rasa yang farah ada ikut papa dan mama...of course la kan sebab farah datang dari benih cinta kami..hahahahhaa..(sila muntah bila baca ayat aku ni)..Kenapa aku kata begitu? Farah ni sangat suka dengan budak-budak. Bila nampak budak-budak dia akan gelak dengan kuatnya. Kalau pulak budak-budak tu agah dia. Lagi dia suka. Itu ikut perangai aku. Hahahhaha. Kalau dari segi rupa pulak memang copy muka papa dia. Kata mak mertua aku, masa kecik papa dia sebijik macam farah sekarang..hahahhaha..

Dari segi kesihatan pula, Alhamdulillah..Tiada yang perlu dibimbangkan. Hari tu dah bawak farah jumpa Pakar kanak-kanak kat klang sebab takut ada masalah dengan jantung dia. Lagipun doktor refer sebab Arwah abglong farish dia ada masalah jantung. Resultnya Alhamdulillah...semuanya baik2 sahaja.

Sekarang farah masih lagi dijaga oleh tok nya..( my lovely mom ). Alasan untuk tak nak hantar kat taska atau orang jaga sebab hati mama dan papa belum sedia. Mungkin disebabkan takut jadi papa kat farah. Insyaallah..tahun depan kami akan hantar jugak farah ke taska. Masa tu dia dah besar sikit. Dah setahun.

Alhamdulillah..kami sangat bersyukur dengan kurnian Allah ni. Ini amanah yang tak ternilai yang akan kami jaga,pelihara dan didik menjadi insan yang berguna. Tak sabar nak tunggu farah membesar. Semoga Allah memberikan kami kesihatan dan kesempatan untuk melihat farah membesar. Dan kumohon agar farah akan membesar dengan sihat. Insyaallah..bila farah dah besar kami akan bawa dia ziarah arwah abang long Farish.