Powered by Blogger.

Friday, October 3, 2014

Bila harga petrol naik.....

Hihihi..Petrol naik lagi. Emm..apa nak buat? Nak maki hamun,update status salah kan parti itu ini atau terima seadanya? Sesiapa pun mesti akan terasa kesan kenaikan kali ni walaupun naik 20 Sen je. 20 sen tu tinggi nilainya. Mungkin pada yang gaji terlebih tak kisah sangat kan tapi bagi yang gaji ala-ala cukup makan pakai je ni, memang agak terasa jugak lah..termasuk lah aku yang masih dikategorikan miskin bandar ni.



Tapi nak bising-bising pun tak guna sebab bukan boleh turunkan harga minyak tu pun. Duk kutuk-kutuk pun dapat dosa kering je. Sedih kan? Hahaha...Sebagai alternatif untuk kurangkan beban ni aku duk discuss dengan en suami. Mana yang rasa boleh kurang kan kurang kan lah. Dalam keadaan ekonomi sekarang ni perlu bijak aturkan kewangan kita..( konon).



1) Astro

    Benda pertama yang aku buat adalah kurang kan charges bulanan Astro. Kalau sebelum ni aku langgan pakej mustika la,sukan la, yang mana bulan-bulan aku bayar RM 130.00 +++. So aku decide nak buang semua channel yang ada tu dan tinggalkan channel basic je..family pakage yang bil bulanannya RM 50.00 je lebih kurang..Hihihihi.



2) Makan

    Sebelum ni bila lewat sampai umah penyakit malas masak pun datang lah. Bila dah jadi camtu pilihan yang ada makan kat luar atau pun tapau jer.Sekali makan kat luar pun lebih kurang RM 30 sekali makan. Itu pun makan kat gerai biasa or mamak stall jer. So, akibat kenaikan minyak ni alternative yang ada gigihkan diri untuk memasak. Buat kata laki aku,masak yang simple-simple jer. So,masak lah apa sahaja asalkan perut terisi...hahhahaha..



3) Gadget

    Aku ada 1 laptop ( sendiri punya) , 1 tab dan 1 lagi laptop yang company kasi. So bila ada laptop yang company kasi yang aku hari-hari duk bawak pergi dan balik kerja, laptop dan tab yang aku ada tu macam terbiar lah. Tak digunakan pun. Tab tu adalah guna bila balik kampung atau pergi bercuti . Jadinya dari aku biar laptop aku bersawang, aku let go jer. Jual kat mudah.com jer.



4. Shopping

    Aku ni bukanlah kaki shopping sangat. Kalau beli barang pun banyak beli untuk farah je. Tu pun sebulan sekali je. Tiap kali gaji aku akan beli pampers dan susu untuk stok sebulan. Pampers dan susu ni bukan semua pasaraya jual harga yang sama. Aku selalu beli kat MYDIN yang mana aku rasa harganya lebih murah kalau nak compare dengan GIANT atau pun TESCO. Kalau bernasib baik dapat harga promosi. Barang dapur pulak beli bila hujung minggu. Beli stok untuk seminggu. Kalau barang basah aku lebih suka beli kat pasar karat kat stadium Shah Alam. Segar dan tahan lama.



5. Jalan-jalan

    Kami memang suka sangat jalan-jalan. Kalau tak pergi rumah kakak yang kat seremban tu kami pergi ke Melaka atau Port Diskson. Yang penting ada tempat nak bagi farah main air. Sekarang untuk jimat kan kos, kami decide bawak farah g putrajaya jer. Dekat dan murah je. Kalau dari rumah kami dalam 15 minit je. Dapat jimatkan penggunaan petrol..ye tak?hahahahah



Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikurangkan. Jimat kan penggunaan air dan electrik pun ye jugak, Elektrik pun mahal sekarang ni kan. Sebagai pengguna,kita tau had kemampuan kita. Kena bijak merancang perbelanjaan. Apa yang penting utamakan keperluan berbanding kehendak. Barang semua naik..kita bising-bising pun tak guna . Buat sakit hati je adalah. Baik kita fikir macam mana nak hadapi keaadan ni dan tak rasa terbeban sangat. Memang susah lah sebab ada benda yang selalu kita buat tu mungkin terpaksa dilupakan tapi kalau hari ni kita berkorban, Insha Allah pasti hasil nya sangat baik dimasa hadapan.



Sekian...