Powered by Blogger.

Wednesday, May 28, 2014

DariNya kita datang, KepadaNya kita kembali

Mati itu pasti. Tiap yang bernyawa pasti akan dijemput Yang Maha Pencipta untuk bertemu denganNya. Cuma bila?bagaimana? Semuanya telah ditentukan Yang Maha Esa.

Mendapat berita kematian anak kepada rakan sekerja buat hati ni teringat kan arwah farish. Ya..Rasa rindu kat arwah memang tak pernah hilang. Kes anak rakan sekerja sama macam arwah Farish. Dilahirkan kedunia sebelum masanya. ( pre-mature). Allah lagi sayang pada arwah. Dan dugaan yang terlalu besar untuk ibu bapa. Aku faham apa yang mereka rasa kerana aku dah lalui nya. Allah menduga kerana Allah tahu umatnya mampu menghadapi dugaan itu.



Hari ni,dapat berita perginya seorang ex-officemate. Menghidap kanser dan terasa sedih kerana mengenali beliau tak pernah tau arwah ada sakit yang serius. Hanya tau dia ada sakit yang normal bagi orang seusia dia. Tapi Allah lagi mengetahui, Allah lagi menyayangi dia. Ini juga dugaan buat family arwah.



Al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk family. Semoga family tabah hadapi ujian ni dan semoga roh nya dicucuri rahmat.



***** MATI ITU PASTI..BERSEDIAKAH AKU???? CUKUPKAH AMALANKU????

          

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.