Powered by Blogger.

Thursday, May 15, 2014

Interview and exam SPA

Buat kesekian kalinya dapat panggilan untuk jawatan akauntan gred W41. Kalau tak silap ni dah masuk kali yang ke 4 kot dapat panggilan untuk jawatan yang sama. Biasa lah tentu kak ngah dok sibuk call bgtau ada surat interview tu. Maklumlah masa apply ritu guna alamat umah dia.Haahahah...biasalah bila dia dah call bgtau tu harus lah bagi jawapan yang positif kan..Kak Ngah ni spesis mak2 gitu yang mana lebih suka adik beradik keje gomen. Senang katanya bila dah tua. Ada pencen bagai..ada elaun itu ini semua..



Memang lah betul semua tu tapi hati ni sangat lah berat nak masuk keje gomen. Sebab? Banyak sebab nya terutama bila tengok member yang keje gomen ni kena outstation lama-lama. Kena tinggalkan suami dan anak2 lagi..tak sanggup rasanya..Hahahahh...Tapi sila jangan salah faham ye..Bukan ada anak jadikan alasan tak nak keje gomen tapi sebab aku yang tak nak..hahhahahah..



Yang sebenarnya bila dah masuk 3 series ni dah malas dah nak g interview pastu jawab exam bagai. Otak den dah tak berfungsi untuk jawab exam lagi..hahahah..lagi pulak dah macam sayang nak tinggal kan keje sekarang ni. Dah sayang ngan office dan bos dan kawan2 kat sini..hhahahhahah...



Pada aku tak kisah lah keje swasta ke gomen ke sama aja. Itu sume rezeki. Terserah lah pada individu masing2. Untuk aku,rasa keje swasta lagi sesuai kot..hihihihi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.