Powered by Blogger.

Wednesday, September 7, 2011

kelahiran yang di nanti

Anak adalah anugerah yang paling indah yang Allah kurniakan. Anak juga lah anugerah yang sentiasa dinanti oleh setiap pasangan suami isteri. Macam juga aku dan suami. Tiap masa berdoa agar dikurniakan zuriat. Alhamdulillah,apa yang kami hajati dimakburkan...

29 July 2011 (Jumaat), menjadi detik bersejarah buat aku dan suami aku. 6 am aku terjaga dari tidur dan terasa macam nak buang air kecil,aku bangun tapi belum sempat sampai ke bilik air aku dah terkencing. Bila sampai kat bilik air aku rasa macam pelik je...air yang keluar tu terlalu banyak. Aku buat macam biasa dan baring semula. Tak sampai 5 minit ,air keluar lagi dan aku dalam keadaan panik kejut kan suami aku. Suami aku dalam keadaan panik dan terkejut terus buka lampu. Masing-masing tak tau nk buat apa. Al-maklum lah first time. Seingat aku,air yang keluar tu terlalu banyak hingga basah 2 helai kain batik.
Dalam keadaan mamai tu,suami aku terus telefon mak mertua aku. Mak mertua aku cakap itu tanda nak bersalin dan air yang keluar tu adalah air ketuban. Aku tau pasal air ketuban tu tp aku tak terfikir sebab ikut kan due date 17 August 2011. Suami aku suruh siap untuk ke hospital. Nasib baik beg semua dah siap. Masa nak keluar rumah tu hujan pulak sangat lebat. Nasib baik jarak dari rumah ke hospital tak jauh Cuma 30 minit jer.
Sampai kat Hospital Serdang,nurse suruh aku baring sementara nak tunggu doctor datang. Aku takde rase sakit sangat Cuma rasa lenguh2 kat pinggang jer. Bila doctor dah check baru bukak 2CM, so doctor suruh makan dulu sebab takut takde tenaga masa nak bersalin nanti. Ak u pun lepak ngan suamiku kat lobby sambil tengok tv dan makan2. Lama jugak aku lepak kat luar sampai kul 12 tengah hari baru aku masuk dan lepak kat wad. Itu pun sebab suami aku nak pergi sembahyang jumaat.
Dalam kul 3 pm camtu aku dah mula rasa sakit2 tp boleh tahan lagi.So aku pun buat tak tau jer. Bila suami aku sampai dalam pukul 4.30 pm sakit bertambah kuat. Suami aku panggil doctor bagitau aku sakit. Bila doctor datang dan check dah buka 5 cm. Terus aki kene transfer ke dewan bersalin.
Masa kat dalam dewan bersalin tu sakitnya kejap datang,kejap hilang. Mulut aku ni dah baca macam2 ayat dah aku baca. Tiap kali nurse masuk aku akan Tanya lama lagi ke. Nurse akan jawab sabar. Suami aku di panggil masuk ke bilik bersalin. Bila suami aku tengok aku yang sedang tahan sakit macam2 cara dia buat kat aku semata-mata nak buat aku lupa rasa sakit aku.
Rasanya berjuta kali kot dia ucapkan “ abg sayang ayg tau”...tapi betul la kata orang,sakit nak bersalin ni takde bandingan dengan sakit2 lain. Masa sakit tu sempat gak aku cakap kat suami aku “ abg dah tengok macamana ayg sakit nak lahir kan anak kita,jadi ayg harap abg akan fikir dua kali untuk curang ngan ayg”....jahat tak ayat aku....hahahhahaha...tapi aku nak suami aku tahu bertapa sakit dan susahnya nak bersalin ni.
Bila aku rasa sakit yang teramat sangat aku siap tanya kat doctor ada cara lain tak nak bersalin tapi dia hanya cakap sabar...aku pun terus menahan sakit sambil di temani suami aku. Bila sakit datang lagi aku dah tak tahan dan suruh suami aku panggil nurse. Nurse datang dan check tapi belum Nampak tanda2 baby nak keluar. Akhirnya doctor arahkan nurse bagi suntikan tahan sakit. Sekali kene cucuk tang bontot...hahahhahah...tp ubat tu buat aku mamai dan macam nak tidur. Sakit pun tak terasa sgt.
Tepat kul 10.55 aku mula rasa sakit ( seolah nk buang air besar ). Suami aku panggil nurse dan nurse bagitau masa dah tiba. Aku teran bila rasa sakit seperti yang nurse tu cakap. Suami aku tetap setia teman aku. Alhamdulillah , kali ketiga aku teran baby aku keluar. Dan aku menangis...nangis sebab aku happy dan syukur sgt. Suami aku tak putus2 mengucap syukur. Anugerah Allah untuk kami adalah bayi lelaki. Dia sangat comel...dan anak itu kami namakan MUHAMMAD FARISH HAKIMI BIN MOHD FAZRUL.
Kelahiran nya ke bumi ini member sinar harapan dan bahagia untuk aku dan suami. Tak terasa sakit dan hilang segala lelah bila mana aku melihat dan mendegar tangisan farish. Aku berjanji untuk memberinya kasih sayang,didikan yang sempurna. Tapi semua itu bagaikan hilang tiba2 bila aku dikhabar kan keadaan farish. Terasa semua kesakitan yang hilang itu datang kembali. Dunia aku gelap tiba2..dan semuanya hanya di jawab dengan linangan air mata. Kesedihan yang amat sukar nak digambarkan...Ya Allah...betapa beratnya dugaan yang Kau berikan. Mampukah aku untuk terima dan lalui semua ni?.....................................

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.