Powered by Blogger.

Wednesday, September 7, 2011

Beratnya dugaan mu Ya Allah

Bila doktor bgtau kemungkinan farish ada masalah jantung dan tulang belakang btl2 buat aku terkedu. Aku tak tau nk cakap dan gambarkan persaan aku time tu. cuma doktor bagitau kene bwk hkl baru dpt tau tahap mana sama ada serius atau tak...saat tu hubby aku cakap sabar dan doa byk2...semoga baby tak pape.

esoknya,hubby aku pg2 lagi dah ke serdang..tgk farish. aku tak ikut sbb aku tak larat..even aku sedih sbb tak dpt tgk dia time tu..aku kene pikir diri aku jugak...maklumlah hari tu first day pantang...bila sampai serdang hubby aku call suruh siap sbb farish akan transfer ke pusat perubatan universiti malaya ( ppum) sbb hkl takde kekosongan...aku dlm keaadaan tak larat gagah kan diri jugak...demi farish..

kami sampai lwt 20 min ke serdang,bila sampai kat nicu farish dh ready. bila aku panggil nama dia,dia bukak mata dan renung aku...jelas nmpk airmata dia mengalir...btl2 buat aku sedih sgt2..maybe dia ingat takde org nk teman kan dia..so dia sedih. sepanjang jalan nicu ke ambulans farish nangis...aku juga...sampai ada yg berselisih dengan kitaorg ckp...' sian baby tu nangis" oh tuhan betapa sayu hati aku masa tu...

aku naik ambulans dengan farish dan suami aku escot naik kereta. dari serdang ke ppum tu hati aku sedih sgt...airmata ni asyik mengalir jer...hati ibu mana yang tak sedih bila tgk anak yang baru berusia berape hari dahn terpaksa naik ambulans...tapi apa nak buat? demi untuk farish sihat terpaksa aku tabahkn hati walaupun berat.

sampai kat ppum, farih terus di masukkan ke wad picu..ada la bpe parents kat sana yg mungkin anknya senasib dengan farish. doktor fauzi yang incharge untuk kes farish dan dia terangkan keadaan sebenar farish. walaupun doktor tak bgtau secara direct tp aku tau kes farish ni berat. dan aku menangis lagi...

sekali lagi farish terpaksa berpisah jauh dari kami. aku dalam pantang dan tak digalakkan untuk stay kat wad. so kami decide kami ulang alik ke ppum...kat ppum aku boleh sentuh farish dengan syarat cuci tgn dengan sabun yg disediakan...tiap kali aku sentuh dia aku selawat..zikir dengan harapan dpt kuat kn semangat dia..tp sentuhan aku agak terbatas sbb farish duk dlm umah kaca...

hari kedua kat ppum doktor sah kan jantung farish memang ada masalah. ada lubang dan saluran hanya ada 1..so kne tggu doktor dari ijn untuk bg explaination pasal jantung tu. tulang belakang farish pun bengkok...tapi doktor bagi jaminan masalah tu bukan satu masalah besar.

hari ke3 farish kat ppum operation pertama untuk dia. operation ni untuk buat saluran sementara tuk farish buang air besar sebelum operation ke2 untuk buat lubang kat dubur dia...masa ni hubby jer yang stay kat ppum. operation start kul 9 till kul 4 pm...alhamdulillah berjaya cuma farish tak sedar sbb ubat bius yang kuat..

farish mula menyusu bila umur dia 5 hari means a day after the operation. aku kene pam susu then anta kat ppum. aku agak tertekan sbb susu tak byk...of couse sbb farish tak nyusu direct ngan aku...aku lupakan soal pantang,pe sj petua org ckp baik tuk tambah susu..aku buat..demi untuk farish..alhamdlillah susu aku bertambah...dpt lah farish nyusu..bia cpt sht ...

sejak lps operation tu, farish tak buka mata...aku rindu nk tgk mata dia...rindu dgn renungan dia...tiap kali aku jumpa dia aku akn bisikan kata2 semangat...

" farish...ibu ngan ayah dtg ni...farish bukak la mata. ibu nk tgk mata farish ni...farish kne kuat lwn sakit farish. nnt farish dah sihat leh balik umah kita...bleh raya sama..."

suami aku pun sama tiap kali jenguk farish mesti ckp pasal impian dia nk bwk farish tgk bola...

" ank ayh ni kuat...nnt farish sht leh ikut ayah tgk bola...farish kuar jer nnt ayh belikan bola tuk farish ye..."

tok ngan opah farish pun ada...sume panggil2 farish. dia bagi respon cm kaki dia gerak2,tgn dia terangkat cuma mate jer tak bukak. paling aku suka bila dia mengeliat...comel sgt...

finally,lepas 3 hari operation impian aku tercapai. Farish bkk mata ble aku panggil dia...trs airmata aku mengalir...aku tau dia nmpk aku nangis tapi aku nangis sbb aku happy sgt...trus hubby aku panggil tok ngan opah farish...semua dpt tgk dia bkk mata..alhamdulillah...aku bersyukur sgt...dan harapan aku tuk trus tengok dia sht makin bertambah..

aku akan lawat farish 2 kali sehari..pagi dn malam...selama itu jugak lah aku berdoa dan terus berharap farish tak akn tinggal kan aku..aku syg ank aku...syg sgt...

1 comment:

  1. semoga roh anakanda dicucuri rahmat... dan ditempatkan bersama orang-2 beriman. Allah terlalu sayang pada dia Lisa. InsyaAllah Farish tunggu awak kat syurga.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.