Powered by Blogger.

Friday, October 3, 2014

Bila harga petrol naik.....

Hihihi..Petrol naik lagi. Emm..apa nak buat? Nak maki hamun,update status salah kan parti itu ini atau terima seadanya? Sesiapa pun mesti akan terasa kesan kenaikan kali ni walaupun naik 20 Sen je. 20 sen tu tinggi nilainya. Mungkin pada yang gaji terlebih tak kisah sangat kan tapi bagi yang gaji ala-ala cukup makan pakai je ni, memang agak terasa jugak lah..termasuk lah aku yang masih dikategorikan miskin bandar ni.



Tapi nak bising-bising pun tak guna sebab bukan boleh turunkan harga minyak tu pun. Duk kutuk-kutuk pun dapat dosa kering je. Sedih kan? Hahaha...Sebagai alternatif untuk kurangkan beban ni aku duk discuss dengan en suami. Mana yang rasa boleh kurang kan kurang kan lah. Dalam keadaan ekonomi sekarang ni perlu bijak aturkan kewangan kita..( konon).



1) Astro

    Benda pertama yang aku buat adalah kurang kan charges bulanan Astro. Kalau sebelum ni aku langgan pakej mustika la,sukan la, yang mana bulan-bulan aku bayar RM 130.00 +++. So aku decide nak buang semua channel yang ada tu dan tinggalkan channel basic je..family pakage yang bil bulanannya RM 50.00 je lebih kurang..Hihihihi.



2) Makan

    Sebelum ni bila lewat sampai umah penyakit malas masak pun datang lah. Bila dah jadi camtu pilihan yang ada makan kat luar atau pun tapau jer.Sekali makan kat luar pun lebih kurang RM 30 sekali makan. Itu pun makan kat gerai biasa or mamak stall jer. So, akibat kenaikan minyak ni alternative yang ada gigihkan diri untuk memasak. Buat kata laki aku,masak yang simple-simple jer. So,masak lah apa sahaja asalkan perut terisi...hahhahaha..



3) Gadget

    Aku ada 1 laptop ( sendiri punya) , 1 tab dan 1 lagi laptop yang company kasi. So bila ada laptop yang company kasi yang aku hari-hari duk bawak pergi dan balik kerja, laptop dan tab yang aku ada tu macam terbiar lah. Tak digunakan pun. Tab tu adalah guna bila balik kampung atau pergi bercuti . Jadinya dari aku biar laptop aku bersawang, aku let go jer. Jual kat mudah.com jer.



4. Shopping

    Aku ni bukanlah kaki shopping sangat. Kalau beli barang pun banyak beli untuk farah je. Tu pun sebulan sekali je. Tiap kali gaji aku akan beli pampers dan susu untuk stok sebulan. Pampers dan susu ni bukan semua pasaraya jual harga yang sama. Aku selalu beli kat MYDIN yang mana aku rasa harganya lebih murah kalau nak compare dengan GIANT atau pun TESCO. Kalau bernasib baik dapat harga promosi. Barang dapur pulak beli bila hujung minggu. Beli stok untuk seminggu. Kalau barang basah aku lebih suka beli kat pasar karat kat stadium Shah Alam. Segar dan tahan lama.



5. Jalan-jalan

    Kami memang suka sangat jalan-jalan. Kalau tak pergi rumah kakak yang kat seremban tu kami pergi ke Melaka atau Port Diskson. Yang penting ada tempat nak bagi farah main air. Sekarang untuk jimat kan kos, kami decide bawak farah g putrajaya jer. Dekat dan murah je. Kalau dari rumah kami dalam 15 minit je. Dapat jimatkan penggunaan petrol..ye tak?hahahahah



Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikurangkan. Jimat kan penggunaan air dan electrik pun ye jugak, Elektrik pun mahal sekarang ni kan. Sebagai pengguna,kita tau had kemampuan kita. Kena bijak merancang perbelanjaan. Apa yang penting utamakan keperluan berbanding kehendak. Barang semua naik..kita bising-bising pun tak guna . Buat sakit hati je adalah. Baik kita fikir macam mana nak hadapi keaadan ni dan tak rasa terbeban sangat. Memang susah lah sebab ada benda yang selalu kita buat tu mungkin terpaksa dilupakan tapi kalau hari ni kita berkorban, Insha Allah pasti hasil nya sangat baik dimasa hadapan.



Sekian...








Thursday, June 19, 2014

AWAK..





Mula bicara nampak kesopanannya,

Bila bertemu terserlah mesranya,

Tersilap kata, tersalah tegur, baru nampak belangnya.

Dulu dia dikata-kata,

Kawan tu dikutuk-kutuk,

Tapi bila yang lain dah jauh dari kamu, yang dikutuk juga dicari...



Facebook,,,twitter..intagram..we chat..

Semua tu medan tuk kamu luah kan semuanya

Tanpa kamu berfikir akibatnya pada org yg baca..

Kenapa? hanya nak raih simpati follower kamu kan?

Bila diajak bersemuka ada saja alasannya,

Bila ditanya apa masalahnya..takde apa katanya?

Kamu tau tak? Kamu ni jenis keyboard warrior?

Tak Paham ?

Maksudnya kamu jenis hanya pandai update status yang berapi tapi jadi tikus bila berhadapan dengan reality..



Faham sekarang?

Ops..tunggu..ada lagi.

Selalu lah tengok cermin..apa yang kamu nampak? diri kamu kan?

Cuba tengok diri kamu..bukan tengok cantik ke tidak..putih ke gelap..

Tapi lihat kelemahan diri kamu..nilai sendiri..

Dah tau apa kelemahan diri kamu? Kalau berani mengaku itu kelemahan diri kamu,

percaya lah kamu tak akan berani komen pasal diri orang lain..

Muhasabah diri ye...



oh yeah...update status,

 Itu hak kamu kamu nak tulis apa pun..

Share apa sekali pun...tapi..

Pernah fikir tak? kadang-kadang status yang awak update tu lambang kan diri awak.

Apa yang kamu share tu bila dibaca sejuk hati tapi..itu juga cerita kan diri kamu..

ok..ok..faham..share untuk kebaikan bersama...itu bagus..tapi...

Bila awak share..awak kena usaha lah untuk berubah..macam yang awak share tu..

Baru lah orang rasa tergerak hati nak ikut..

ATAU...

Niat awak share tu sebab nak perli orang lain?No...No..itu salah..

Betulkan niat dulu ye awak...



Ohhh...Sekarang dah 9.05 am...waktu bekerja...kena stop dulu..nanti gaji yang dapat tak berkat...



Tuesday, June 10, 2014

Malang tak berbau..

Malang memang tak berbau. Kalau dah hati-hati pun kadang kala benda nak jadi tetap akan jadi jugak. Semuanya Allah yang tentukan. Manusia hanya merancang tapi Allah juga yang tentukan.

Kejadian belaku masa on the way balik dari kerja. Dah nak sampai rumah pun. Entah camne benda tu jadi, aku pun tak pasti.



Mungkin aku terlelap sebab ubat agaknya. Bila sedar, aku dah kat divider. Aku sedar bila ada orang ketuk pintu suruh aku keluar. Time tu lah baru sedar dan tengok kereta. Masa tu jugak lah ada  rasa nak nangis. Nangis sungguh-sungguh.Ada beberapa adik-adik st john ambulan pun datang dan tanya keadaan aku sume. Alhamdulillah..aku takde pape cuma sakit dada jer..











tu la keadaan kereta aku..huhuhu..

Wednesday, May 28, 2014

DariNya kita datang, KepadaNya kita kembali

Mati itu pasti. Tiap yang bernyawa pasti akan dijemput Yang Maha Pencipta untuk bertemu denganNya. Cuma bila?bagaimana? Semuanya telah ditentukan Yang Maha Esa.

Mendapat berita kematian anak kepada rakan sekerja buat hati ni teringat kan arwah farish. Ya..Rasa rindu kat arwah memang tak pernah hilang. Kes anak rakan sekerja sama macam arwah Farish. Dilahirkan kedunia sebelum masanya. ( pre-mature). Allah lagi sayang pada arwah. Dan dugaan yang terlalu besar untuk ibu bapa. Aku faham apa yang mereka rasa kerana aku dah lalui nya. Allah menduga kerana Allah tahu umatnya mampu menghadapi dugaan itu.



Hari ni,dapat berita perginya seorang ex-officemate. Menghidap kanser dan terasa sedih kerana mengenali beliau tak pernah tau arwah ada sakit yang serius. Hanya tau dia ada sakit yang normal bagi orang seusia dia. Tapi Allah lagi mengetahui, Allah lagi menyayangi dia. Ini juga dugaan buat family arwah.



Al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk family. Semoga family tabah hadapi ujian ni dan semoga roh nya dicucuri rahmat.



***** MATI ITU PASTI..BERSEDIAKAH AKU???? CUKUPKAH AMALANKU????

          

Wednesday, May 21, 2014

Bawal Aidijuma

Hari ni nak post pasal tudung pulak.Dulu pernah lah kecoh pasal Mawar Fareeda buat rampasan tudung yang ala-ala tudung keluaran Fareeda. Dan ramai yang tak puas hati pasal tindakan Mawar dan pihak pengurusan Fareeda. Antara sebab yang dinyatakan oleh mereka yang tak puas hati sebab harga tudung original terlalu mahal dan bukan mampu milik. Seterusnya apa yang buat orang tabah marah bila keluar kenyataan dari page Fareeda yang mengatakan kalau nak berfesyen perlu ikut kemampuan. Hebat jugak lah kecaman dan kritikan yang pihak fareeda dapat terumanya Puan Mawar.



Aku bukan lah peminat tudung Fareeda. Lagi pulak aku ni bukan yang ikut fesyen sangat. Tapi apa yang Fareeda buat tu ada betulnya sebab dia dah daftar kan patern tudung dia. So dia memang ada hak lah nak rampas semua yang tiruan. Lagi pulak dia mesti lah sakit hati sebab dia yang reka fesyen camtu tiba-tiba senang-senang pulak orang tiru. Cuba kita letakkan diri kita kat tempat dia. Orang berpenat lelah,bersengkang mata semata-mata nak hasil kan sesuatu tapi orang lain hanya perlu copy and paste untuk dapat kan keuntungan. Sama jugak kalau kita stay up..minum bergelas-gelas nescafe semata nak hilangkan rasa mengantuk untuk buat project paper then ada orang hanya perlu ciluk idea kita dan dapat markah tinggi dari kita..apa yang kita rasa? sakit hati kan? hahahahah...



Tapi aku sangat suka berbawal. Aku sekarang suka tudung bawal aidijuma. Harga pun mampu milik dan cantik-cantik. Bawal aidijuma ni senang nak bentuk,kain pun lembut. Kalau beli online biasa harga akan mahal sikit dari pergi sendiri kat concept store. Maklum lah aidijuma ni pun ramai peminat. Every time sale pun kena berebut. Aku pulak takde lah nak pergi berebutkan..hahhahahah..pergi time lunch jer sebab hq aidijuma ni dekat sangat ngan ofis. Cuma bila pergi tu ada yang hot design dah habis.



Tudung bawal ni boleh digayakan ngan bagai cara. Ada gaya simple ada gaya yang fesyen sikit. Kalau yang rajin google or youtube banyak cara nak pakai tudung bawal ni.. Aku suka pakai yang simple jer. Janji senang dan cepat dan tak nampak serabut.



ooh ye..ada sekali masa kat concept store tu terserempak ngan datin juma tapi tak sempat ambil gambar pun. Dia nak balik tapi satu benda yang aku respect kat dia ialah dia lambai kat sume customer dia..hahahaha..aku ngan officemate rasa teruja pulak..hahahahha


Dalam koleksi aku ada byk jugak bawal ni. nanti next post aku upload gambar tudung tu...




Friday, May 16, 2014

Special day for a special person.

Hari-hari istimewa bulan MAY





1) Hari pekerja

     Public holiday dan ni tahun ke 7 sambut hari pekerja. Rasa best jer sebab dapat cuti.hahaha..dh 7 tahun rupanya aku keje buat akaun. Macam baru je habis belajar..tapi 7 tahun kerja saving tak macam org keje selama itu jer...



2) Hari Ibu

    Ni pun aku sambut sebab aku kan dah jd mak org.hahahah...even ada yg bg fatwa yg sgt menangarut tentang hari ibu yg mana kalau sambut leh rosak akidah lah..budaya barat lah..tapi aku sambut jugak. At least spent one day untuk raikan mak dan diri sendiri kan. Hari2 pun kite kena ingat mak tapi bila ada satu hari yg special haruslah kite celebrate..



3) Hari guru

     Istimewa buat semua yang bergelar pendidik..hari untuk kita kenang jasa cikgu2 yang tak jemu mendidik kita. Ramai jugak member yang jd cikgu, lecturer ni..terima kasih cikgu untuk segala tunjuk ajar mereka selama ini.



4) HAppy birthday

    Happy birthday to my bff aka abg ku alient aka abg zaini..dh bertambah lagi usia..ahahha. dan happy birthday jugak buat sahabat aku yang amat aku syg..faradiela...semoga happy sokmo lah..





Okay lah dah lewat beno ni..esok keje. Good night...

Thursday, May 15, 2014

Interview and exam SPA

Buat kesekian kalinya dapat panggilan untuk jawatan akauntan gred W41. Kalau tak silap ni dah masuk kali yang ke 4 kot dapat panggilan untuk jawatan yang sama. Biasa lah tentu kak ngah dok sibuk call bgtau ada surat interview tu. Maklumlah masa apply ritu guna alamat umah dia.Haahahah...biasalah bila dia dah call bgtau tu harus lah bagi jawapan yang positif kan..Kak Ngah ni spesis mak2 gitu yang mana lebih suka adik beradik keje gomen. Senang katanya bila dah tua. Ada pencen bagai..ada elaun itu ini semua..



Memang lah betul semua tu tapi hati ni sangat lah berat nak masuk keje gomen. Sebab? Banyak sebab nya terutama bila tengok member yang keje gomen ni kena outstation lama-lama. Kena tinggalkan suami dan anak2 lagi..tak sanggup rasanya..Hahahahh...Tapi sila jangan salah faham ye..Bukan ada anak jadikan alasan tak nak keje gomen tapi sebab aku yang tak nak..hahhahahah..



Yang sebenarnya bila dah masuk 3 series ni dah malas dah nak g interview pastu jawab exam bagai. Otak den dah tak berfungsi untuk jawab exam lagi..hahahah..lagi pulak dah macam sayang nak tinggal kan keje sekarang ni. Dah sayang ngan office dan bos dan kawan2 kat sini..hhahahhahah...



Pada aku tak kisah lah keje swasta ke gomen ke sama aja. Itu sume rezeki. Terserah lah pada individu masing2. Untuk aku,rasa keje swasta lagi sesuai kot..hihihihi